Hari Isnin ritu, aku tak pulang ke JB pada waktu yang sepatutnya. Ahad malam, aku dan family menonton Karate Kid. Wayang start pukul 10, so tak dapat balik ke JB malam tu. Sepatutnya aku kena balik awal subuh, masuk kerja pukul 8. Tapi, pagi Isnin tu, walaupun aku bangun sebelum subuh,  aku rasa malas nak balik JB, sebab hati aku pun dah tinggal 30% je dekat job aku sekarang ni. So, dengan selambernya, aku tidur semula pukul 7 lebih. Then, ingat nak time off je beberapa jam, tapi last2, aku ambil half day terus.
Lepas jumpa kawan di UTM, aku ke RHB bank yang tak berapa jauh dari rumah aku. Aku park lah kereta depan kedai sebelah bank. Aku nak jumpa perunding sekejap je. Bila dah selesai urusan, masa aku drive kereta, terpandang sehelai kertas berkibar-kibar kat viper aku. Alamak! Hampeh! Kena saman! Adoooiiiii!!. Aku ingatkan aku kena saman tak letak kupon parking, tapi kenapa kertas warna putih? Sampai rumah, aku tengok kertas tu, tertera ‘Polis Diraja Malaysia’. Aku tak baca sangat details, sebab nak cepat pergi kerja. So, baca gitu-gitu je.  
Balik dari kerja, aku baca betul2 kertas saman tu, kat situ tulis aku telah melakukan kesalahan no.2 (Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalan raya). Call mak, tanya mak, apa kesalahan yang aku buat. Tak faham dengan ayat tu. Serius, aku blur sangat. Baru je 2 bulan drive kereta, kereta pun ada lambang ‘P’, so memang blur sangat2.
Mak:  Kau parking kat mana?
Aku:   Kat depan bank la.
Mak:  Ada petak parking tak?
Aku:   Alaa….tak boleh parking kat situ ke? Hadoooiiii! Mana tahu tak boleh parking kat situ.
Mak:  Lain kali, kalau kau nak parking, parking kat dalam petak.
Adoooiiiii!!!! Tak pasal2…duitku terbang melayang….Adik kata biasanya macam tu kena RM70…Agaga…
Kalau bayar cepat, boleh dapat diskaun, betul ke? Berapa banyak boleh dapat? Jika anda pernah kena saman polis, berapa kena bayar?

error: Content is protected !!