Zaman kanak-kanak mungkin merupakan zaman yang menggembirakan bagi kebanyakan orang. Tapi bagi aku, nak kata gembira sangat pun, tak juga. Nak kata sedih sangat pun tak juga. Tapi aku enjoy ke dengan zaman kanak2 aku? Aku rasa, jawanpanya ‘tidak’.
Aku ingat lagi, hari pertama aku ke tadika. Mak aku siapkan aku. Dah siap sarapan, pakai baju semua, mak aku pun hulurkan 1 beg kat aku, aku buat muka sedih bila tengok beg tu, beg buruk, color coklat. Kat luar rumah, aku tengok beberapa kali dah orang lalu, ibu memimpin anak mereka untuk dihantar ke tadika. Aku tengok beg budak2 tu. Cantik!. Beg kartun2, beg baru. Beg aku? Beg tu beg mak masa dia anak dara.
Bila mak tengok aku buat muka sedih, mak pujuk “Tak pe, biar beg buruk, asalkan otak tak buruk”. Aku angguk, dan kata-kata mak, aku semat dalam hati. “Takpe, asalkan otak aku tak buruk”.
Aku ke tadika yang berada di tengah kampung, mak tak dapat hantar, sebab kena jaga adik-adik aku yang masih kecil. Ayah memang tak keje kat sini. Mak kata, “ni, kau jalan je terus lorong depan rumah ni, belok kanan, terus, kau nampak orang ramai, kat situ lah tadika kau”. Aku pun berjalan sorang2, sampai tempat ramai orang.
Sampai sana, aku tengok semua orang dengan mak atau bapa diorang. Aku je sorang2, daftar diri sendiri. Pastu, cikgu suruh duduk dalam kelas. Aku tengok ada yang nangis2, yang mak bapa nya pula dok intai2 kat tingkap. Dalam hati aku, aku pelik sangat. “Nape dorang nangis? Apa yang nak dinangiskan? Aku tak nangis pun?. Yang mak bapa tu pun, tak balik-balik. Tunggu apa?”.
1st day tadika, aku tak pernah lupakan….dan aku pun tak tahu, camne aku boleh ingat semua ni. Tapi yang pastinya, aku ingat.

error: Content is protected !!