Masa tadika, aku ingat lagi. Cikgu selalu suruh aku picit kepala dia. Dia cakap kat mak aku, aku pandai picit kepala. Mak pun cakap kat cikgu, yelah, dia selalu picit kepala saya. Pastu cikgu suka puji aku, kata aku pandai buat susu, jaga adik-adik. (Iyolah, dah adik aku kecik2 lagi. Pandailah aku buat semua tu. Sekarang ni, haha…jangan harap..tak reti dah aku buat semua tu. Kuang3. Tunggu anak sedara aku ni lahir kot baru pandai nanti).
Dulu masa tadika, tiap hari mak bagi lima posen, duit jajan. Tapi aku tak pernah belanja duit tu untuk diri sendiri. Tiap hari, on the way balik rumah, memang lalu depan kedai. Aku singgah, beli jajan, tapi bukan untuk aku, untuk adik2 aku.
Tiap hari, adik aku akan tengok jam. Jarum panjang nombor 12, jarum pendek nombor 11, mesti dorang akan tunggu aku depan pintu. Tunggu jajan. Aku suka belikan jajan untuk adik-adik aku. Tapi aku tak suka makan jajan. Sebab tu bagi dorang je makan.

Dulu masa tadika, aku ada gaduh ngan sorang budak ni!. Haha! Gangster jugak aku ni. Pastu aku suka sangat ejek budah pompuan ni, rambut dia kerinting sangat. So, aku ejek dia ‘maggi’. Budak tu, duduk rumah atuk dia, depan je dengan rumah aku.
Biasalah kan, budak2, suka ejek mengejek..Best aper, main ejek-ejek ni…Hehe..Dah besar ni, setiap kali tengok budak perempuan tu, aku jadi segan, termalu sendiri, rasa pula diri ni jahat. Budak tu, walau aku ejek dia, tapi dia tak pernah balas. Baik kan, dia. Nakal, kan, aku!.

error: Content is protected !!