Paling best masa zaman tadika ni ialah masa graduation. Masa tu, merasalah, kan pakai mortar board tu. Ni kira pre-graduation day. Masa tu aku terlibat dalam 2 persembahan je. 1 persemabhan beramai-ramai dan 1 persembahan solo.
Untuk persembahan beramai-ramai, aku join tarian. Pakai baju colour pink. Mak aku kata, orang joget lain, aku joget lain. Agaga..Lupa step dong! Yang orang sebelah aku pula, lagilah tak ingat step, so dia ikut je apa aku buat. Kalau tengok gambar, memang obvious, kepala orang sebelah tu sepanjang masa hala ke aku je.
Persembahan solo pula, aku bersajak. Aku ingat lagi, satu hari tu, masa aku tengah duduk diam, cikgu panggil aku. Pastu cikgu bagi aku 1 skrip sajak. Balik rumah, aku cakap kat mak, cikgu suruh aku bersajak. Mak kata, bagus lah macam tu. Maksudnya cikgu tahu kau boleh. Mak dengan semangatnya ajar aku bersajak dengan gaya-gayanya sekali.
Bila tiba hari graduation tu, aku pun bersajak dengan penuh gayanya di atas pentas, sorang-sorang. Persembahan solo tu, cuak betul aku. Kembang kecut perut aku.
Aku hafal je sajak, gaya dah tak ingat dah. Mak kat khemah ibu bapa, berdiri sambil buat gaya. Aku ikut je lah gaya mak aku tu. Pastu, ibu bapa yang hadir puji-puji aku. “Pandai budak ni bersajak, siap dengan gaya-gaya sekali”. (Huhu, pandailah sangat!. Tak nampak ke tangan mak aku yang bergerak sana sini, ajar aku gaya. Tak lupa skrip pun dah cukup baik dah. Adeh! Budak lagi, dong!).
Sajak apa yang aku deklamasikan, aku pun tak ingat. Ni je yang aku ingat. Bukan senang, beb, nak buat persembahan solo. Bukan semua budak cikgu suruh buat persembahan solo ni. Aku sebenarnya pun, tak nak bersajak sorang-sorang ni. Tapi dah cikgu pilih, kan. Dha redha jelah. Hehe..
Aku tahu aku murid kesayangan cikgu. Aku pun sayang cikgu ni juga. Sebab dia sayang aku. Nama cikgu ni Jamilah. Beberapa tahun lalu, mak aku bagitau, cikgu ni dah arwah. Jom sedekah Fatihah kat cikgu aku ni. Al-fatihah!. Moga rohnya dicucuri rahmat.

p/s: Masa aku kanak-kanak sampai remaja, aku suka tengok persembahan budak2 tadika setiap hujung tahun. Sebab, comel je tengok keletah diorang buat persembahan, mencuit hati, sambil terkenang-kenang zaman aku tadika dulu.

error: Content is protected !!