Hari ni dalam sejarah, aku buat pengakuan berani mati dekat bos aku!.
Isnin:
Bos datang ke tempat aku, bawa beberapa helai kertas. Dia suruh aku dan budak-budak aku isi form tu. Sertakan sekali apa yang di minta sebagai lampiran. Bila aku tengok form tu, rupanya minta di isi tahap pendidikan, dan sertakan certificate tertinggi. Dalam hati aku “alamak! nak kena bagi copy degree aku ke?”. Tapi yang terluah di mulut: “OK, boss!”. Bos minta bagi kat dia hari Rabu.
Selasa:
Aku lupa yang boss minta cert. Tengok borang kat atas meja office, baru teringat. Sebenarnya, degree dan segala sijil ada kat kampung. Tak roger pun lagi mak aku, nak minta mak fax kan.
Rabu:
Alamak! Lupa lagi. Ginilah aku. Kalau dalam kepala tu asyik ingat kerja je, hal2 yang lain selalu lupa. Lunch tu aku sempat cabut balik rumah sekejap. Nak amik cert. Tapi sebenarnya, aku pun tak pasti, ada ke tak salinan degree kat rumah sewa aku ni. Cari punya cari, tak jumpa. “Alah…sah kat kampung”. Terus call mak, mak tak angkat. Pastu mak call balik. Mak sakit perut. Sebab tu lambat angkat phone. Tadi dia kat toilet. Aku bagitau mak, kat mana lokasi aku letak degree tu. Mak kata sekarang dia tak boleh cari. Perut meragam. Esok jelah mak fax kan. Aku pun kata “OK”. Cian mak. Huhu.
Khamis:
Mak call masa aku kat office. Mak kata degree aku tak de dalam fail yang aku cakap tu. Siji2 yang lain adalah. Tapi degree original tak de, fotostat pun tak de. Alamak! Aku dah terkedu. Di mana kan ku cari ganti degree aku tu!. Aku pelik, takkan takde, rasanya kat situ je lah semua sijil aku letak. Or maybe degree ada kat rumah. Fail yang mak aku cari, kat office mak aku. Memang aku letak buku2 segala bagai kat office mak, sebab rumah kawasan banjir. So, kalau banjir, tak payah hegeh nak selamatkan buku2 kesayangan aku tu.
Petang tu, aku dah kat guard house nak balik keje, mak call. Mak kata dh jumpa dah. “Apasal la kau simpan dalam plastik? Siap laminate lagi”. Aku jawab: “Ha’ah, memang laminate. Pastu fotostat kat kedai. Tu yang dalam plastik tu”. Aku cakap kat mak, tak pe, esok je fax kan.
Jumaat:
Mak fax kan degree, aku tunggu kat machine fax kat tempat receptionist. Saje, tak nak orang lain tengok. Degree ada 2 bahasa, 1 BM (siap ada tandatangan dan cop),1 lagi BI (translation, tak de cop dan tandatangan). Mak try fax 2-2, tapi 1 je yang receive. 1 lagi, fax bunyi ringing je, ada error. Yang aku receive yang translation pula tu, tak de tandatangan. Aku cakap kat mak, “tak pelah. Boleh la ni. Hantam saje lah”.
Aku pun bagi kesemua borang dan sijil, termasuk sijil2 anak buah aku. Boss baca, pastu dia tanya aku.
Boss: So, you have Bachelor of Engineering(XX-XX).
Aku: Yes.
Boss: Then, why are you here? You study about YY right?
Aku: Yes.
Boss: ZZ also you study, right?
Aku: Yes.
Boss: So, what is your future planning? Continue here, or what?
Aku: Yeah! I’m trying to change.
(Agaga…aku pun tak tahu nape mulut aku ni ringan je ngaku yang aku tengah nak tukar kerja lain. Kerja bidang aku yang sebenar).
Tak tahu lah apa tanggapan boss aku pada aku lepas dari pengakuan berani mati aku ni. Boss aku ni, boss aku yang baru. Sebelum ni, boss lain, kira sekarang aku ada 2 boss. Boss yang sebelum ni, tak tahu apa beza degree aku dengan job scope aku sekarang ni. Bagi dia, sama je, ni memang bidang aku. Aku nak terangkan yang sebenarnya, ni bukan bidang aku pun, dia tak faham. Tapi, masuk kerja sini pun bukannya aku zero langsung. Experienced kat tempat lama tu, memang aku boleh apply kat sini. Tapi boss aku yang baru ni, dia tahu degree aku tu, ni bukan kerja aku yang sepatutnya. Tempat aku sepatutnya bukan di sini. Tu yang dia tanya soalan kat atas tu.
Kenapa aku nak tukar kerja?. Aku pernah cakap kat entry sebelum-sebelum ni.

Jiwa kacau,

error: Content is protected !!