Oh Yeah! Kini Mister Potato yang sememangnya menjadi kegemaran ramai datang lagi dengan kehebatan terbarunya; Rice Crisps, perisa baru berasaskan beras yang diadun menjadi kerepek kentang, dan didatangkan khas dalam 4 perisa iaitu:
Original
-
Hot and Spicy
-
Sour Cream and Onion
-
Flame Grilled BBQ.
Menurut Pengarah Urusan MAMEE Double-Decker (M) Berhad (Mamee), Pang Tee Chew; beras dijadikan sebagai bahan asas kepada produk terbaru ini kerana ia merupakan makanan ruji utama rakyat Malaysia.
Berikut adalah beberapa keistimewaan yang terdapat pada Rice Crisps:
1. Penggunaan minyak
Mister Potato Crisp menggunakan minyak sayuran (Olein kelapa sawit bertapis yang diluntur dan dinyahbau), manakala Rice Crisps menggunakan Minyak Carotino berasaskan kelapa sawit yang kaya dengan Karotena semulajadi dan Vitamin E yang mengandungi antioksidan (E320).
2. Tiada penambahan MSG
Crisps mengandungi Monosodium Glutamat (E621) sebagai penambah perisa yang dibenarkan, manakala tiada sebarang penambahan MSG pada Rice Crisps.
MSG, juga dikenali sebagai Ajinomoto.
3. 20% less fat, cholesterol & trans fat free
Kandungan lemak dalam Rice Crisps kurang sebanyak 20% berbanding dengan kerepek kentang goreng konvensional. So, kalau anda ada masalah berat badan, tak perlulah risau kerana Rice Crisps memang tersedia dirumuskan dengan kandungan lemak yang rendah, dan juga bebas dari kolesterol dan asid lemak Trans.
4. Tiada pewarna yang dibenarkan
Rice Crisps bebas dari pewarna yang dibenarkan. Kerepek kentang tanpa pewarna memberi keselesaan lagi kepada pengguna kerana makanan yang tanpa pewarna tidak akan mengotorkan jari-jemari. Jadi, tak kisahlah kalau anda mahu mengunyah Rice Crisps ni sambil melakukan kerja-kerja, tak kiralah melayari internet, menonton tv, membaca atau menulis dan macam-macam kerja lagilah. Semuanya takkan terganggu, sebab jari-jemari anda bersih. (Ni semua pasal aku pun sebelum buat entri ni, telah mengunyah Rice Crisps perisa Original. Tak basuh tangan pun tak apa, tak mengotorkan keyboard pun!).
Perisa kegemaran
Perisa kegemaran aku ialah Original. Sejak dulu lagi, aku memang terpikat dengan perisa original, sebabnya, aku dapat merasakan dan menghayati rasa kentang yang sejati, bila aku mengunyahnya!
Bagaimana kerepek kentang Mister Potato dihasilkan?
Nak tahu macam mana kerepek kentang Mister Potato yang tiada tandingan ni dihasilkan?. Jom kita Le Tour D’ Mister Potato:
1. Pick
2. Selection
3. Slice
4. Cook
5. Test
6. Deliver
7. No compromies! Mister Potato is #1
Sumber virtual tour dari website misterpotato.
Kawan-kawan yang belum rasa lagi Rice Crisps, apa tunggu lagi?. Jom dapatkannya di pasaran sekarang juga!. Sodaaappppp!!.