Dah lama sebenarnya aku nak buat entry untuk review blog oleh Mashimaro ni, tapi baru ni berkesempatan.
Terlebih dahulu, sebelum mengreview, Mashimaro nak tahu kenapa aku sayang blog ni, asal usul, umur dan kenapa blog ni menarik untuk dibaca.
Secara ringkasnya, aku sayang blog yang baru setengah tahun jagung ni, sebab banyak masa dan tenaga dah ditumpahkan untuk blog ni. Duit? Tumpah juga, tumpah kat berukband, tapi tak tumpah kat syarikat hosting segala bagai, sebab blog ni blogspot, je. Hehe..guna yang free je lah dulu. Nak tukar dot com ke? Mmmmm…buat masa ni, tak kot!. Selain dari tu, sayang blog ni sebab dia lah peneman kala aku bosan, juga tempat untuk aku luahkan perasaan. Ada lagi, tapi..cukuplah ni, eh, MM.
Asalnya blog ni nak dijadikan sebagai buku scrap, koleksi bahan-bahan bacaan dan pengetahuan yang aku dapat dari sebarang bahan bacaan yang aku baca, tapi last-last blog ni dah jadi blog rojak. Rojak petis, rojak buah, rojak mee..bahasa rojak? Aku tak berapa suka merojakkan bahasa blog ni!. (Alamak! wujudkah perkataan ‘merojakkan’ dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?). Agaga..
Kenapa blog ni menarik untuk dibaca? Hehe…MM, sesungguhnya, Sya pun tak tahu apa yang menarik nya tu. Yang ni kena tanya follower, la kot. Apa yang diorang nak baca sebenarnya dalam blog ni. Berdasarkan 2 orang yang dah review blog ni, sorang suka entri ‘Jalan-jalan’, sorang lagi suka entri ‘Ceritera Aku’. Orang lain, suka baca entry kategori yang mana, Sya pun tak tahu. Bagi MM pula, mana yang MM rasa tertarik dan menarik untuk dibaca?
Blog ni blog personal, jadi, apa yang aku rasa nak taip kat sini, aku taip je (walaupun banyak benda nak diceritakan kat blog ni, tapi tak semua terluah.)
OK lah ye, MM…cukup lah ni, ek. Selamat mengreview blog ni, ya. Thanks!.
Salam perkenalan dari
belog ni memang besh pun. mcm2 ada. cite sal tempat. info. cite2 peribadi. arghhhhhh! sume la besh. tak penah putus dtg sini pum. lalalala~
sya, nak ym, anytime ok. eca tunggu je ni. ;))
baru first time jumpe blog ni tapi dah suke writing style nyee 😀
@Eca: thanks cayang, for always support this blog. blog rojak, so mcm2 ada..hehe..buat entry pun ikut mood
@tuttutt: salam perkenalan. thanks, datang la selalu, ya.
teruskan berblogging…asalkan tak terlibat dengan konflik2 dan perang sesama blogger.hek
Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar
@FndRocka: Hehe..Sya cintakan kedamaian.