Sebelum ni aku dah pun menceritakan tentang explorasi aku sekeluarga di Underwater World dan aktiviti island hopping ke Tasik Dayang Bunting, Helang Feeding dan Pulau Beras Basah. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman kami sekeluarga di Cable Car pula.
Cable Car Langkawi ni memang glamour. Owh, dah menjadi 1 destinasi wajib untuk pergi kalau ke Langkawi. Lihatlah betapa ramainya umat manusia yang beratur untuk mendapatkan tiket. Memang panjang que nya ni.

See the crowd? Ohhhh..tapi ni yang aku nak habaq kat korang semua ni, 2 kali kami ke sini pada hari yang berbeza, tapi angin kencang, tak dapat naik cable car ni. So, dapat beratur lama-lama je lah..Huhu….Mak aku pun berkata “tak pe lah, ada lah hikmahnya tu, kita tak dapat naik cable car ni”.

Tak dapat naik, tengok gambar je pun jadilah..Uhuhu…

Ni cable car, pandangan dari kaunter tiket
Ni panorama yang mungkin aku dapat tengok jika berada dalam cable car
Dan ini juga.. Ish, cantiknya..teringin nak tengok live. Uhuhu…
Dengan hati yang lara, kami sekeluarga berjalan-jalan mengeksplore kawasan berdekatan. Yezza..still ada benda lain yang menarik. Di sebelah kawasan beli tiket cable car, terdapat banyak arnab-arnab yang jinak dan comel-comel belaka.
Oit! Apsal ko tak nak pandang kamera? Pandang sini lah!
Lor, yang ni sorok pula…baik punya port eh! Tak tahan panas ke?
Ni lagi lah, nampak muka je. Suka betul main sorok-sorok.
Boleh bagi rabbit-rabbit kat sini makan. Suka dengki rabbit kat sini. Angkat tinggi sikit carrot tu, sengaja nak suruh rabbit tu diri 2 kaki je. Bagi nampak lagi comel.
Rusa pun ada juga. Jinak-jinak belaka.
Gajah yang kesepian..Cian dia sorang-sorang tak berteman. Nampak dia pun dah veteran..
Geopark Hotel. Haaa…nilah hotel paling dekat dengan cable car.
Setelah penat jalan-jalan di sekitar kawasan cable car ni, kami sekeluarga ke Waterfalls yang terletak tak jauh dari Telaga Tujuh.  Kalau naik cable car ni, boleh nampak Waterfalls ni. Uhuhu…
So, bersambung di next entri, ya.
Ops! Sebelum tu, ni dia harga tiket cable car:
Dewasa: RM25.00
Kanak-kanak (3 – 12 yrs old): RM18.00
Pelajar (Surat dari sekolah diperlukan): RM18.00

p/s: Kalau korang pernah naik cable car ni, meh lah story kat sini, pengalaman korang, apa yang korang nampak? Mesti best, kan?. Kami sekeluarga sedih sebab tak dapat naik cable car. Isk isk uwaaa…

Entri beriktnya >> Waterfalls <<

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!