Setelah kecewa di Cable Car, kami sekeluarga ke Waterfall yang lokasinya tak berapa jauh dari Cable Car. Untuk ke Waterfall ni, perlu mendaki anak tangga. Sebenarnya, Waterfall ni terletak di bawah Seven Wells (Telaga Tujuh). Maksudnya di sini, untuk ke Seven Wells, perlu menaiki banyak anak tangga. Jangan tanya aku pula ada berapa banyak anak tangga, sebab aku tak kira, dan yang pastinya, kami sekeluarga tak sampai pun ke Seven Wells tu, sebab mak aku tak larat nak naik tangga lagi, dan juga sebab adik ipar aku pregnant. Sian pula dia nanti. Biasalah kan, perempuan pregnant cepat letih. Ini pun dia dah penat. Kalau nak panjat juga tangga2 tu, ambil masa 45 minit untuk sampai. Ha! Kamu, kamu, kamu dan kamu.. larat tak nak mendaki anak tangga selama 45 minit?
Makanya (cewah, skemanya ayat), kami sekeluarga membelokkan kaki kami bila tiba di persimpangan dilema : terus untuk ke Seven Wells, belok kiri untuk ke Waterfalls.
Dalam perjalan menuruni tangga2 ke Waterfalls, aku terpandang sebatang pokok yang betul2 menarik minat aku. Bagi aku, pokok ni unik.
Nasib baik pokok ni ada pakai name tag. So, dapatlah aku tahu yang nama dia “Kundang Rumenia”.
Jalan, jalan dan terus berjalan, akhirnya kami sampai juga ke Waterfalls ni. Ya Allah! Aku sangat takjub melihat ketinggian Waterfalls ni. Terdetik dalam hatiku “Fuh! Ini betul2 air terjun ni”. Kuasa Allah, kan. Macam2 dia boleh cipta.
Pemandangan sebenarnya luas. Rasa macam ada satu dinding yang tinggi dan lebar. Sampaikan aku sendiri pun tak tahu nak ambil gambar dari angle mana, supaya nampak view yang menyeluruh. Ada lagi beberapa gambar, tapi aku pilih gambar ni je, untuk tatapan kalian (Gambar lain sensored sikit. Biasalah kan, orang mandi dan manda). Kalau nak lebih menjiwai suasana dan pemandangan di sini, kena lah datang dan tengoklah sendiri keindahan ciptaan Allah ni.
Ops! Tiba2 aku terbaik hati pula nak bagi korang tegok gambar sensored sikit. Saje nak cuci mata korang!
Amacam? Sensored tak? Kalau korang rasa tak sensored, maksudnya korang dah biasa tengok gambar yang bukan-bukan. Hehe..
Kat sini kami tak mandi pun, just posing dan bergambar sakan. Haha…ada juga orang pergi waterfall tapi tak mandi, kan! Lepas dah puas bergambar, bermulalah operasi mendaki anak2 tangga untuk ke car park. Dah penat naik tangga, turun tangga, singgah minum air kelapa kat gerai di kaki gunung.
Time ni, mak aku declare, air kelapa yang aku dapat, paling sedap. Yes!
Destinasi kami yang seterusnya, aku dapat berjalan sehingga ke tengah lautan. Haaa…camne tu? Nak tahu, sehingga kita ketemu lagi di next entry.
Destinasi terakhir kami >> Tanjung Rhu <<

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!