Bertemu lagi kita di hari ini. Terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada pengunjung-pengunjung rumah aku ni. Dari minggu lepas, rumah ni asyik bertukar cat aje. Ni semua gara-gara hati tuan rumah yang agak goyah kebelakngan ini. Ada aje yang tak puas hati bila tengok cat rumah ni.
Rasanya ni cat yang ke 5 sejak Isnin lepas. Normal ke, asyik tukar cat je? Asyik tukar susun atur rumah? Aku cuba mencari yang paling menyenangkan hati aku. Paling sedap dan sejuk mata memandang, sesejuk salji yang ada kat header ni. Cewah!..
Sedang aku ralit mencari dan memilih template yang menepati citarasa aku tatkala ini, aku mula menyedari..Oh! Alangkah berbezanya, perasaan ketika memilih template kala ini, dengan perasaan ketika memilih template waktu mula-mula set up blog.
6 bulan yang lalu, template yang dipilih asal sedap mata memandang. Asal nampak cantik di mati, ceria di hati, aku dengan hati yang girang gembira, terus save template tu. Dan pasang widget itu dan ini. Dan cat rumah dan wall paper itu kekal hingga hampir 6 bulan, walaupun beberapa perabot telah dibuang dan digantikan dengan perabot yang lebih canggih, sebab dah mula mengenali kedai-kedai perabot yang lebih mesra pelawat.
Namun, apa yang baru sahaja aku alami sejak minggu lepas sehingga ke saat selesai menukar cat baru ni, membuatkan aku terasa, aku sudah menjadi lebih cerewet. Yang serabot, yang kurang kemas, aku tak nak. Tulisan kecil sangat, ruang antara line dekat sangat, aku tak suka juga. Walaupun boleh diubah, tapi dek kerana aku ni yang masih teraba-raba dengan kod-kod, membuat aku terpaksa menggunakan kaedah try and error, yang pastinya memakan masa aku yang amat terhad ini. 
OK, tapi childish sikit!
Yang paling pastinya, walaupun template sebelum ni pun, OK je, tapi ada pula faktor lain yang buat aku tak puas hati, dan aku mula menyedari, ia dah jadi faktor yang paling penting juga dalam pemilihan template. Apa dia? Ehehe..aku nak iklan nuffnang tu jelas kelihatan. Template yang sebelum ni, iklan nuffnang yang kat bawah header, nampak 1/4 je. Agaga…Ini boleh menjejaskan duit poket aku ni. Ehehe..tak banyak mana pun, tapi bolehlah..sekurang-kurangnya dia bertambah tiap minggu. (Tadi cek nuff, dia jatuh sikit. Uhuhu..sedih jap).
Apa pun, aku harap hati aku, agar tetap la sikit untuk bertahan lama dengan cat baru ni. Agaga..tak larat dah nak tukar lagi. Udah2 lah tu. Capek den capek!.
Korang pula, dah berapa kali tukar cat? Apa faktor utama pemilihan cat dan susun atur perabot rumah korang?

BACA JUGA :  ADA MATA PANDANG ADA TELINGA DENGAR
error: Content is protected !!