Seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ni, Jumaat pagi2, aku bergaduh dengan boss aku. Macam biasa, pagi2, sampai office aku mesti on PC, pastu cek emel, mana2 emel yang urgent, aku reply cepat2, sebelum breakfast di pantry.
Masa aku dah nak usai breakfast tu, anak buah aku buka pintu pantry, dia jenguk je, tapi tak cakap apa. Aku dah suspect dah. Macam something wrong somewhere je. Biasanya kalau dia jenguk aku kat pantry, mesti ada lah somebody yang menunggu aku kat ofis (boss la, sape lagi).
So, sebaik sahaja habis breakfast, aku masuk ke office. Aku cek emel, rupanya emel yang aku bagi kat boss, system kata, tak delivered. Patutlah boss datang cari aku. Aku tengok boss tengah bercakap dengan assistant aku.
Pastu aku panggil boss, cakap pasal dokumen yang dia nak tu. Pastu aku jawablah, yes, yang aku dah bagi dia tu adalah seperti yang dia nak. Boss aku terus hangin. Dia kata aku suka argue dia. Aku bukan nak argue dia, aku cakap je. Pastu sampaikan suara dia pun dah tinggi, dia suruh aku dengar cakap dia, jangan pangkah cakap dia. Aku pun bengang lah, bila masa pula aku nak pangkah cakap dia.
Pastu dia boleh cakap macam ni pula. “You keep on arguing me! I’m fed up, here!”. Dalam hati aku “Hah? Hehe..Boss..Boss..baru 2 minggu kat sini dah fed up dah ke?”
OK. Pastu aku diam je, bila aku tengok dia betul2 dah naik hangin. Pastu dia pi bercakap semula dengan assistant aku. Pastu aku try lagi resend emel apa yang dia nak. Still lagi system kata undelivered. Aku tengok dia tengah jawab call. Pastu dia sambung bercakap dengan assistant aku, pastu dia mula melangkah ke pintu, nak keluar. Aku panggil dia, nak bagitahu yang aku dah bagi emel, tapi undelivered. Tapi, dia tak nak dengar aku cakap. Sebaik sahaja aku panggil nama dia, tanpa pandang muka aku, dia cakap macam ni “I’m busy, I have no time to listen to you”.
Huh! Apa barang boss aku ni?! Aku terus tanya assistant aku, apa yang dia cakap kat boss tadi. Assistant aku explain. Kelmarin, aku memang tahu, yang assistant aku memang ada nak say something kat boss. Dia nak raise concern. Tapi boss aku ni fikir kitorang ni nak argue cakap dia pula.
Rupa-rupanya, sebelum assitant aku bercakap dengan boss, anak buah aku yang lagi sorang dah raise 1 issue lagi kat dia. So, tu yang dia hangin. Jadinya, bila aku masuk je ke ofis, aku bercakap dengan dia, aku ni dah jadi orang ketiga yang bercakap dengan dia. Dan dia lepaskan hangin puting beliung dia kat aku. Cian aku, kan.
Memang boss aku baru lagi. So dia tak tahu keadaan kat sini. Kitorang nak terangkan, dia fikir kitorang argue dia pula. Boss aku jenis yang, kalau dia cakap, A, so A lah. B, B lah. Payah, kan dapat boss macam ni? Sapa kata boss perempuan selalu emotional. Boss aku ni lelaki, tau!
OK, ni sedikit tips yang aku fikir, boleh dipraktikkan untuk mengelakkan daripada bergaduh dengan boss. Dalam hal yang aku cerita di atas ni, sebenarnya, terdapat kesilapan yang anak buah dan assistant aku buat. Tak pasal2, aku yang tak bersalah, pun kena.
1. Fahami kehendak boss.
Kalau boss kata dia nak macam ni, cuba fikir balik apa logik disebaliknya. Mesti dia ada sebab kenapa dia nak macam tu.
2. Jangan dia kata A, kita jawab B.
Walaupun kita kurang setuju apa dia cakap, kita jawab macam ni. “Yes, boss. Memang boleh macam tu, tapi nanti..bla bla bla”. Sampaikan hujah anda. Dengan cara ni maksudnya bukan kita pangkah cakap dia, tapi kita cuba ajak bincang dan raise concern dengan cara yang baik.
3. Bagi chance boss cakap dulu.
Macam kes boss aku ni, dia memang suka, kita tengah cakap, sampaikan apa yang kita nak sampaikan, dia potong cakap kita. Suruh kita je dengar cakap dia. OK, lah. Kasi dia chance cakap dulu. Dengarkan aje. Pastu, ulang balik, cakap apa yang kita nak cakap tadi.
4. Baca mood boss.
Tengok, agak2 dalam masa kita berbalas cakap tu, kalau boss dah mula menunjukkan tanda2 hangin, kita slow down. Stop berhujah, angguk dan cakap. “Ya, boss, I akan buat macam yang you cakap tadi”. Dah, tak yah cakap banyak lagi, kang gaduh. Pastu balik tempat, pi lah soksek pasal boss tadi dengan kawan2 yang lain.
5. Boss always right!

In the end, kuli juga lah yang kalah. Hua hua hua! Ikut je lah apa bos cakap. Kalau dah boss jenis kuasa vektor macam ni. Yes, Boss! ajelah.
p/s: Ni pengalaman aku bergaduh besar dengan boss. Sebenarnya, dalam minggu ni, je, 2 kali aku bergaduh dengan boss baru aku ni. Boss korang pula macam mana? Boss kuasa vetor juga ke? Jom share kat sini.

Duduk berbincang cari jalan penyelesaian lebih baik,

BACA JUGA :  HATI SAKIT..SAKIT HATI
error: Content is protected !!