Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
APABILA BOSS 'MR. ALWAYS RIGHT' | Syaisya.com
Hari ni di tempat kerja, masa aku berborak dengan orang yang incharge kat department lain, sempat pula dia selitkan luahan hati dia. Dia tak suka bekerja dengan boss aku. Dia kata boss aku ni jenis orang yang ‘I’m always right’. Huhu..memang pun boss aku jenis yang macam tu. Aku dari awal lagi dah bergaduh dengan dia.
Kebelakangan ni, kadang-kadang aku OK je bercakap dengan boss. Tapi hari ni, memang K.O. habislah komukasi aku dengan boss aku tu. Ish! Memang hilang kesabaran aku. Dah lah kalau aku cakap dia bukan nak dengar, aku belum habis cakap dia dah potong. Pulak tu nak aku je dengar cakap dia. Geram betul!.
Yeah, aku akui, perkara-perkara tertentu, memang apa yang dia cakap tu betul, tapi sama lah juga degan aku kan? Takkan aku ni semuanya salah? Of course lah, aku ni pun tak semuanya betul. Tapi tahlah, hari ni aku memang geram sangat kat dia. Aku rasa macam nak je capai selipar getah yang tersarung indah di kaki aku ni, dan hempuk je kepala dia dengan selipar tu. Aha!..Best nya kalau aku betul-betul boleh buat macam tu….Alangkah bahagianya hidup aku nanti…
Geram dengan boss punya pasal, jadi bad mood terus aku nak sambung buat kerja lepas tu. Dalam kepala dah merangka-rangka nak pergi mana malam ni. Ehehe..jalan pi Angsana je lah. Barang dapur pun dah nak habis. Jom shopping!

error: Content is protected !!