2 tahun yang lalu, aku pernah mengalami masalah ini. Kali ni, sekali lagi diriku diuji. Aku akui, sebagai manusia biasa, diri ini, tidak dapat lari dari ujian. Ujian datang dan pergi sesuka hati. Yang pastinya, aku tak perlu melarikan diri dari ujian ini. Hanya perlu berhadapan dengan hati yang tenang dan jiwa yang tabah.
Jika dulu, aku tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang selama 2 bulan, kini aku lebih tenang menghadapinya. Biasalah kan, kali pertama, mestilah agak tak tahu nak buat apa. Kali ke-2, dah bijak sikit mengendalikan emosi. Emosi tak stabil, jiwa kacau, fikiran buntu! Tidak! aku tak suka situasi ini. Katakan tidak pada semua ini!.
Ya, kala ini aku perlu mengatur strategi hidup. Perlu mencari kehidupan yang lebih selesa. Hidup yang lebih bererti dan bermakna. Kerana hidup adalah anugerah.
Aku tahu aku mampu berhadapan dengan ujian ini. Kerna Dia hanya menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Ujian ini perlu untuk aku muhasabah diri. Mungkin ini lah masanya untuk aku melakukan anjakan paradigma. Mengeluarkan diri dari zon selesa, kerana sekarang ini sudah tidak selesa lagi. Sesuatu yang baru perlu dilakukan. Sesuatu yang lebih menguntungkan aku. Rugilah kalau aku sia-siakan masa muda aku ni, sebab ada banyak perkara yang bila dah tua nanti, tak boleh dilakukan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 22:

Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu melainkan telah tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu mudah bagi Allah

Allah menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155:

Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit kekuatan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Maka berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.

BACA JUGA :  KENAPA MESTI NAK GORES KERETA ORANG??
error: Content is protected !!