019 - 776 3820
Setiap perkara bermula dengan ‘zero’. Begitu juga dengan aku dan blog ini. Jika diimbau kembali sejarah awal, bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia blog ni, ia adalah satu kejadian yang tak disangka-sangka. Tak pernah aku tefikir dan angan-angankan untuk mempunyai blog sendiri, walaupun hakikatnya aku hanya menumpang di blogspot. Dulu, ‘blog tu apa’ pun aku tak tahu dan tak ambil kesah.
Pada asalnya, aku mahu mencari duit poket dengan menulis artikel. Maka, aku sangat berhajat untuk mempunyai laptop. PC yang aku gunakan sewaktu study, aku dah berikan kepada mak. Setahun aku bekerja, aku masih tak dapat membeli laptop. Huhu..memang lambat hajat ni nak kesampaian.
Akhirnya, setelah setahun bekerja, aku dibuang kerja sewaktu ekonomi merundum akhir tahun 2008. Tapi bukan kehilangan kerja dengan tangan kosong. Aku dapat wang pampasan yang jumlahnya sama dengan 2 bulan setengah gaji aku . Yeehaa…kena buang kerja pun, tapi masyuk. Banyak barang yang aku beli dengan duit tu, salah satunya ialah laptop. Alhamdulillah, dari mula kerja aku nak laptop, akhirnya, setelah dibuang kerja, baru aku dapat beli laptop. Laptop ni bukan seratus peratus hasil duit pampasan, tapi gabungan duit pampasan dan gaji pertama di tempat kerja baru. Masa tu, duit yang aku standy untuk laptop, dah digunakan untuk beli barang lain. Jadi, terpaksa top up dengan duit gaji pertama.   
Kehidupan aku di tempat kerja kedua ni, dan juga di rumah sewa aku sekarang ni, sangat membosankan. Hajat untuk mempunyai laptop semakin tebal. Walaupun duit dah ada, tapi aku masih tak berkesempatan membeli laptop sebab tunggu cadangan dari adik aku, laptop mana yang OK, mengikut spec dan budget yang aku peruntukkan.
Apabila dapat membeli laptop April lalu, aku mula lah mengisi waktu malam aku dengan melayari internet. Lama-lama, aku pun dah tak tahu nak surf apa. Blur je bila ngadap laptop. Aku cuba menjejaki semula kawan-kawan  zaman sekolah dan kawan-kawan Matrikulasi melalui Friendster. Huhu…rasa cemburu meluap-luap apabila melihat rakan-rakan yang belajar di luar negara. Rasa cemburu sangat. Bestnye mereka tu.  Tapi tak semua kawan yang dapat aku jejaki di Friendster, akak aku kata, orang sekarang dah tak layan Friendster, orang layan Facebook. Jadi aku pun buka akaun Facebook dan mula menjejaki kawan-kawan lama.
Melalui Facebook rakan-rakan, ada di antara mereka yang mempunyai blog. Aku klik link url mereka, dan baca blog kawan-kawan aku tu. “Best ke, ada blog?” Itulah yang bermain di minda aku tatkala itu. Aku bertanya pada kakak aku mengenai blog. Kakak aku menjawab, baginya orang yang ada blog itu suka bercerita mengenai hidup mereka pada orang lain. Aku juga bertanggapan yang sama. Sebab blog-blog awal yang aku terjumpa, semuanya cerita mengenai kehidupan mereka. 
Sehinggalah satu hari tu, satu blog ini telah mengubah tanggapan aku terhadap blog. 
Memandangkan entri ni dah panjang sangat, jadi aku akan sambung di entri berikutnya tentang bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia blog ni