Hari ni, aku bergaduh dengan assistant aku. Buat pertama kalinya aku tinggikan suara dan hentak meja. Tindakan spontan, sebab aku dah geram sangat. Berapa puluh kali nak aku cakap baru dia nak faham? Aku ni memang pantang kalau ulang cakap benda yang sama lebih dari 3 kali, memang aku hangin.
Dapat anak buah yang semuanya tak mahu dengar kata, buat aku bosan dan sakit hati. Kita yang ketua dia pula nak kena dengar cakap dia. Cakap aku tak pula cuba difahaminya, sebaliknya sebuk cakap yang aku tak faam apa yang dia cakap! Habis tu, dia faham ke apa yang aku cakap. In the end, dia tetap dengan pendapat dia, dan apa yang dia cakap. Baik tak payah cakap dengan aku, buat je apa yang kau nak buat. Suak hati kau!. Lantak! Aku dah tak kuasa dan malas nak layan.
Tapi aku raa lega sangat. Setelah setahun lebih aku memendam rasa, akhirnya aku betul-betul meletup juga. Aku bukan malaikat, aku juga bukan rasul. Aku hanya manusia biasa, yang punya tahap kesabaran yang nipis. Walaupun jika dengan family, aku agak baran, tapi di tempat kerja, aku rasa aku dah cukup bersabar.
Memang sejak awal tahun 2010 ni, larva dalam diri aku, dah mula menunjukkan tanda-tanda untuk meletus. Sikit-sikit, aku muntahkan larva-larva tersebut menggunakan perbuatan, tapi bukan dengan perkataan. Tapi hari ni, akhirnya…aku muntahkan juga kata-kata yang dah lama aku pendam.
Rasa lega sangat. Memang best dapat luahkan segala yang terpendam sekian lama. Gaduh juga ada baiknya, kerana melalui pergaduhan, kita tahu apa yang orang tidak puas hati dengan kita, dan kita dapat luahkan apa yang kita tak puas hati.
Huh! Tapi kalau deal ngan anak2 buah aku ni, mereka ajelah yang menang. Diorang je lah yang betul, padahal mereka tak betul tapi tak sedar!.
Baru-baru ni, aku dapat tahu, orang yang sebelum ni in-charge budak2 ni, pun resign sebab tak tahan dengan diorang ni. Apakah? Selalunya orang berhenti kerja sebab tak tahan dengan bos. Ni bos pula yang berhenti sebab anak buah. 5 lawan 1 beb! Bolah tahan kah?
Orang department lain pun bengang ngan budak2 aku!. Memang sah diorang tu ngek ngok! Huhu..