Sekali sekala aku balik kampung, sejak demam FIFA ni, aku tengok, mak aku pun layan bola. Biasalah kalau mak aku layan bola, sure player tu kena kutuk, lembap la, hegeh la..Haha..
Aku yang tengah layan blog ni, cakap la gini kat mak aku:
Aku: “Wah, mak pun layan bola?”
Mak: “Habis tu, dah tv ni, adik-adik kau hari-hari buka bola je, mak nak tengok cerita lain pun tak boleh, tengok je lah bola”.
Seriously, adik-adik aku ni memang gila bola. Kalau tengah tak de game, main PS2 pula. Bola lagi!. Aku ni, toksah cakap la, memang bosan tahap cipan. Tu yang dok ngadap lappy je. Kalau nak tengok tv, tengok online je lah gamaknya. Nasib badan…
Dalam rumah ni, semua perempuan tak minat bola. Kecuali sorang, layan bola juga. Siapa itu? Siapa lagi kalau bukan adik ipar aku. Sampaikan, ada 1 malam tu, adik-adik aku pun dah tertidur masa tengok bola, dia boleh tengok bola tu sampai habis, tengok sorang-sorang pula tu. Sebab dia tak boleh tidur, baby dalam perut kacau, dia gerak-gerak. Janin tu memang aktif waktu malam, suka kacau mak dia nak tidur.
Esok paginya, adik ipar siap boleh cerita balik, game malam tadi, siapa menang, siapa kalah. Siapa yang jaringkan goal. Adik ipar aku kenal pemain-pemain bola sepak ni, tau!
Baru-baru ni, mak mertua adik aku stay sekejap kat sini, baru aku tahu, rupa2nya, mak mertua adik aku pun layan bola. Patutlah adik ipar aku jadi cenggitu…Huhu…
Bila perempuan layan bola, dahsyat juga, boleh setanding decngan orang lelaki.

Aku tak layan bola,

error: Content is protected !!