Sekarang mata aku sedang liar mencari pengganti. Mencari yang lebih baik, yang lebih power, kalau boleh. Nak cari yang lebih menjimatkan, tapi memuaskan hati. Layanan baik punya. Tu lah antara ciri-ciri yang aku cari sekarang ni.
Time-time aku sedang mencari dan tercari ni, Digi asyik menari-nari je kat blog aku ni. Rupanya, Digi ni BE aku yang ke-2 untuk minggu ni. Lor, patutlah dia asyik muncul je.
Huish, aku memang tengah mencari-cari broadband mana yang aku nak guna selepas ni. Bulan depan, maka  genaplah setahun aku menggunakan khidmat Maxis Broadband. Sempena genap setahun ni, maka aku dah dibebaskan dari jajahan Maxis. Ada beberapa sebab menyebabkan aku jauh hati dengan pasukan hijau putih ni. Ngajuk ah!
Aku masih tak tahu nak tukar ke pasukan mana selepas ni. Ada cadangan, tak?
Hai lah Digi..kau goda aku ke?

error: Content is protected !!