Alhamdulillah, tanpa aku sangka, semalam follower aku genap 100 orang. Semalam aku dapat 4 orang follower baru. Follower yang bertuah mendapat angka cantik ni ialah

AZLINA AZIZ
Azlina juga terperanjat kerana dia merupakan follower yang ke-100. Macam mana aku tahu yang dia terperanjat? Sebab dia tinggalkan komen pada entri sebelum ni.
Terima kasih kepada semua follower blog ni. Tanpa sokongan dari anda semua, mungkin blog ni takkan ke mana. Terima kasih juga sebab sudi follow blog ni tanpa disuruh, sebab aku tak pernah suruh orang follow blog ni. Tiada dasar paksaan dalam bab follow-memollow ni. Sebab aku sendiri pun tak suka orang paksa-paksa aku.

Sebenarnya, ketika follower aku berjumlah 83 orang, aku ada berniat untuk membuat sesuatu untuk follower ku semua, setelah mendapat follower yang ke 100. Dulu, mula-mula aku berblog, aku fikir, follower aku bukannya betul-betul follow pun blog ni. Tapi, setelah 5 bulan berblog, dan aku pasang Nuffnang, baru aku tahu, bahawasanya, trafik aku juga kebanyakannya datang dari blogger.com/home, selain dari pak cik google membawa visitor.

Dulu aku semak statistik guna statcounter je, dan di situ hanya mention ‘No refering link’. Jadi, yang aku nampak, kebanyakannya datang dari google. Aku selalu tertanya-tanya, dari manalah agaknya mereka ini datang? Apabila aku pasang Nuffnang, baru aku nampak, rupa-rupanya, selama ni, yang ‘No refering link’ tu datang dari dashboard blogger. Kadang-kadang, entri yang aku tak ping mana-mana pun, ada orang datang komen, siapa lagi kan, yang komen kalau bukan follower. Terima kasih sekali lagi  untuk kesemua follower ku yang baik hati.
Jadi, dengan ini, sebagai tanda penghargaan dan juga rasa ingin tahu yang menebal dalam diri ni, aku nak berkenalan dengan follower-follower ku. Ops! Bukan semua, 100 yang pertama aje. Aku ingat nak buka seksyen “Kenali Follower” bermula dengan follower ku yang pertama. Hehe..tapi 1 orang je setiap minggu. Nak buat ramai-ramai dalam seminggu, aih! tak larat aku. Blog ni pun update sehari 1 entri je. Kenapa aku boleh buat untuk 100 orang je? Hehe..yelah, kan. Kalau 1 minggu seorang, 100 orang dah makan masa 100 minggu, sama dengan 25 bulan, baru habis kenal semua follower. Huhu..2 tahun tu..harap-harap semua follower aku masih berblog dan tak biarkan blog bersawang.

Ni bukan segmen review, ya. Cuma aku nak berkenalan je. Tak semua follower yang aku kenal. Ada beberapa orang je yang aku kenal rapat. Tu yang aku berhajat untuk berkenalan ni. Sama ada aku bercerita lanjut mengenai blog follower ni atau tidak, itu bergantung atas kebenaran pemilik blog itu sendiri. Aku minta izin lah dulu. Tak nak memandai-mandai..hentam kromo ikut sesuka hati je. InsyaAllah, dalam tempoh seminggu tu, aku akan rajin datang blog mengikut giliran masing-masing. Memang style aku kalau melawat blog orang, suka baca tajuk-tajuk entri yang ada, pastu, aku klik-klik dan baca. Kalau aku nak bersuara, aku tinggalkan komen. Itulah style aku ‘beraya’ di rumah orang lain.
OK, so minggu ni aku nak berkenalan dengan yang pertama –> Puteri.
p/s: Kalau Puteri beri izin cerita mengenai blog dia, aku buat entri khas untuknya.

error: Content is protected !!