Tadi aku pergi makan di sebuah restoran dengan mak aku. Pekerja-pekerja restoran tu sedang asyik menonton bola. Germany vs Argentina. Seorang waiter datang ambil order, tu pun setelah 2 minit kami duduk menunggu.
Dia pun ambil order, dan menyampaikan pesanan kepada colleague dia. Aku cakap kat mak “Ni diorang sibuk tengok bola, nanti karang dia masak pun cincai-cincai sebab nak tengok bola”.
Beberapa minit kemudian, makanan pun sampai. Memang tak ambil masa yang lama. Makanan yang sampai bukanlah menu yang dipesan, tapi mak aku redha je, dia makan je, “tak pelah”, katanya. Makanan aku tak sampai lagi.
Dalam 5 minit kemudian, sampai lagi 1 makanan. Tapi tu bukan makanan yang aku pesan, tu makanan yang mak aku pesan sebenarnya. Aku tak nak makan tu, sebab aku tak suka makan menu tu (mee sizzling). Aku geleng kepala, dan cakap “Saya tak nak ni. Saya pesan Mee Sup”. Tukang masak tu pandang waiter yang ambil order tadi. Dia tanya “Ada order mee sup, eh”. Waiter angguk. Pastu, kenalah aku tunggu lagi makanan yang aku pesan.
Air yang mak aku dapat pun, tak seperti yang dipesan. Huh! Memang bengong mereka ni semua. Takkanlah orang 2 je, menu sampai 3? Ingat kitorang ni kuat melantak ke? Pastu mak aku pesan horlick O, punyalah manis horlick yang dia bagi. Mak aku minum sikit je pun dah pening kepala.
Nasib baik masa nak bayar tu mak aku complain, diorang ganti dengan horlick O yang baru. Hehe…
Tu lah, ni lah dia, gara-gara tak concentrate bekerja.
Makan bola,
Tidur bola,
Minum bola,
Ambil order bola,
Masak bola,
Buat air, pun bola.

p/s: Ketika entri ini ditaip, Argentina sudah semakin longlai, dah kena lanyak 4-0..Cian betul..

error: Content is protected !!