Pagi tadi, masa aku dekat tempat kerja, aku terima mesej dari adik:
Tak dapat apa-apa pun kat Nuffnang. Huhu..
Aku tak balas mesej tu serta-merta, sebab sibuk sangat tadi. Masa mesej tu masuk pun, aku tak berada bersama handphone, aku di pejabat bos, sedang berbincang. Jadi, malam baru boleh balas mesej adik. Penat juga jari ni nak taip mesej.
Trafik adik aku ni memang banyak walaupun blog dia baru berusia seminggu lebih. Kalau tak percaya, meh tengok screen shot ni:
Visitor dia dah nak dekat 3 ribu. Aku rasa, esok dia dapat lah potong visitor aku. Visitor blog aku ni, dah 7 bulan, baru 3 ribu. Jadi, kenapa 1 kempen earning pun tak boleh nak lekat kat blog dia?
Aku membuat kunjungan ke blog adik. Nak memastikan sama ada dia letak widget Nuffnang di tempat yang sepatutnya atau tidak.
Aku tak boleh bagi adik markah penuh. Sebab apa? Sebab dia ada melakukan beberapa kesalahan.
1. Kedudukan widget Nuffnang
Walaupun dia letakkan widget Leaderboard (LB) dan Large Rectangular (LR) pada tempat yang betul, iaitu di atas header dan antara entri, tapi SS (Skyscrapper) tak diletakkan di tempat yang teratas sekali di sidebar, seperti yang dimahukan oleh Nuffnang. Boleh rujuk gambarajah yang aku print screen dari website Nuffnang ni. Nampak tak, kotak C warna coklat tu, dia letak atas sekali, kat bahagian sidebar?
2. Pentingnya jawab survey form Nuffnang
Aku tak tahu sama ada adik ada jawab dengan betul atau tidak, survey form masa daftar Nuffnang. Jadi, aku suruh je dia jawab survey form tu. Sebab, dari situlah Nuffnang boleh tahu personaliti blog kita (blog kita tentang apa, pembacanya siapa, empunya dia siapa, dan sebagainya). Dari situ Nuffnang dan advertiser boleh pilih nak letakkan iklan apa kat blog kita. Aku ada baca banyak entri kat blog blogger lain mengenai survey form ni. Ada lah juga cilok idea dari entri mereka, then update survey form aku. Anda boleh klik sini untuk baca secara terperinci cara-cara mengisi survey form Nuffnang. Yang dah isi pun, boleh baca juga, kemudian bolehlah update survey form tu. Ubah lah mana-mana yang patut.
3. Blog tiada komen
Blog adik aku tak de komen langsung. Kenapa? Sebab tak boleh dikomen. Kenapa pula tak boleh nak komen? Sebab tak de ruangan komen. Aku dah cuba klik tajuk pun, tak keluar juga kotak komen. Mungkin dia ter’klik’ Don’t allowed kat post options tu. Aku dah tegur dia tadi. Kenapa ruangan komen ni penting? Mestilah jawapannya supaya orang boleh komen, kan? Kenapa nak orang komen? Sebab ini akan menjadikan blog kita blog yang interaktif. Salah satu ciri-ciri blog yang pengiklan suka ialah blog yang ada interaksi antara pembaca dan penulis. Sebab tu salah satu soalan yang ditanya kat survey form tu “Berapa purata komen yang anda perolehi setiap entri?”. Lebih kurang ginilah ayatnya. Anda boleh baca sendiri soalannya di Survey Form Nuffnang.
4. Pesanan terakhir aku kepada adik:
Ingat! Nuffnang bukan pentingkan trafik je.
Yehaa..ahhh..taip entri lagi best dari taip SMS. Lepas ni senang, adik boleh baca je dekat blog ni. Aku pun bukannya pandai sangat pasal Nuffnang ni. Macam yang aku dah mention pada entri-entri sebelum ni lah. Aku tahu sikit-sikit je pasal Nuffnang ni, tu pun baca dari blog lain. Huhu.
Cek kalendar, semalam genap 2 bulan aku bersama Nuffnang. Alhamdulillah, adalah sikit-sikit earning Nuffnang bagi. Tapi kan, huhu..bila Nuff nak bagi aku BE lagi ek? Baru 2 kali je dia bagi. Adeh! Tamak sudah…agaga.. ^_^.
p/s: Kepada adikku, semoga berjaya! Chayok!
owh…info yg berguna…thanks ya!
Salam ziarah, sya. Saya dah lama berblog dan dah lama ber-nuffnang tapi masa tu, agak kabur2 pasal nuffnang. Sebab tu, ptak kisah pasal sume tu sampai la sekarang ni (baru bulan ni!!!) nak tersedar pasal semua tu. Sebab dulu, ber-blog untuk kepuasan tapi boring plak bila tak ada interaksi dengan pembaca kan. So, sekarang, dah ubah pemikiran tu. Moga entri ni dapat membantu. Thanks. ;p
trafik tinggi kalau org datang blog dan tak berminat nak klik iklan tak de maknenye juga. :))
Tiada perkara yg mudah 🙂
Aku sendiri 5-6 bulan blogging baru ada earnings. :))
@lea: you are welcome.
@aZlina Aziz: Oh gitu ke? Sya dulu pun tak kisah juga pasal komen dan Nuffnang ni. Berblog untuk isi masa lapang je. Tapi bila dah start dapat komen, rasa best pula. Pastu bila tak de komen, rasa sunyi pula. So, kesimpulannya, best lah dapat komen dan duit. Entri ni pun tak bagi tips apa sangat pun, sekadar apa yang Sya tahu je. Sya pun baru je lagi. Baru berblog dan baru bernuffnang. Sama-samalah kita berhappy blogging, ya. 🙂
@tedi: yup! tu salah satu faktornya juga. Kena tengok siapa visitor kita juga, kan. rasanya kalau visitor pakcik google bawa, chances untuk iklan tu di klik lagi tinggi.
igtkn akak pnye td..hehe..tp akak pnye mst dah byk kn..huhu
fuhhhh entri yang terbaik
syabas kepada sya…
@Faiz: tah lah Faiz,akak pun tak tahu, akak nyer banyak ke x. dulu akak pasang histats tu, tapi lepas tu akak delete widget tu. So, ada statcounter je.
@Ayie: ohoho! terkejut tengok Ayie komen. Rasanya ni 1st time Ayie komen sini, and maybe juga 1st time ayie baca entri kat rumah Sya ni, kan3. hehe ^_^.
Best best best…
@MihHazif: =)
Good info tq
@Huszaini: welcome
Nak pilih papan iklan ape yg oke ?