Alhamdulillah, akhirnya malam ni, aku dapat melakukan apa yang membelenggu fikiran aku selama ni. Dah lama nak buat benda ni, tapi tak buat-buat. Setelah merehatkan minda dan badan dari semalam, akhirnya aku dapat membuatnya malam ni. Itu pun setelah membakar kalori dengan membasuh kereta, vakum kereta, kemas bilik, vakum bilik dan membasuh beg dan baju. Heh! Memang rasa puas dapat buat semua kerja tu di hujung minggu ni.
Misi mencari kerja baru akan aku teruskan. Selalunya, kalau nak mengarang resume dan cover letter waktu malam pada hari-hari bekerja, memang agak meletihkan. Apabila badan dah penat, jenuh perah otak ni memikirkan ayat-ayat yang bisa mencairkan hati future employer, tapi 1 ayat nak keluar pun susah.
Doakan lah aku berjaya dapat kerja cepat. Dah tak boleh sabar lagi kerja kat tempat sekarang  ni. Huhu..  

error: Content is protected !!