Entri ini adalah sambungan dari entri ASAL USUL AKU DAN BLOG. Jika anda belum membacanya, anda digalakkan untuk membacanya terlebih dahulu agar dapat memahami cerita di sini.
Setiap malam, pulang dari kerja, aku akan melekat depan laptop, melayari internet. Aku ni sangat mudah merasa bosan dengan sesuatu. Hari-hari surfing menyebabkan aku dah tak tahu nak surf apa lagi. Mula-mula rajin layan Facebook, lama-lama (tak lama pun, sebulan je), aku dah mula bosan dengan FB. Jadi, aku mula berfikir, “maklumat apa yang aku nak cari di internet?”.
Aha! Tiba-tiba mentol keluar dari kepala aku. Dah dapat idea dah nak cari pasal apa. Aku mula mencari maklumat mengenai cinta. Jadi, aku mulalah surf di internet. Satu hari tu, aku terjumpa dengan satu laman sesawang ni. Aku tertarik dengan isi kandungan blog ni, bukan sebab cerita cintanya, tapi aku suka baca “mutiara kata renungan jiwa” yang terdapat di sini.
Tiba-tiba, mata aku tertancap pada satu sudut blog ni, di mana terdapat penafian yang dibuat oleh penulis yang berbunyi begini:

Blog ini ibarat scrap book saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel ini bukan ditulis oleh saya, tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Hati aku mula berkata: “Buku scrap?. Kumpul artikel yang digemari?”. Statement inilah yang telah mengubah tanggapan aku terhadap blog. Aku mula terfikir “Oh! Blog bukan untuk cerita peribadi je, tapi boleh juga dijadikan buku scrap koleksi bahan bacaan. OK juga kan, buat macam tu. Kalau aku baca je, aku mungkin akan lupa. Tapi, kalau aku baca dan aku taip, aku akan ingat”.
Inilah tujuan asal aku berblog. Aku nak kumpulkan koleksi artikel mengenai agama yang aku terbaca di mana-mana bahan bacaan. Selain dari aku akan ingat apa yang aku baca, boleh juga memberi info kepada orang lain yang membacanya, dan jika orang itu amalkan, aku pun boleh dapat saham pahalanya sekali.

Waduh! Suci murni betul niat asal aku berblog ni, kan. Huhu..tapi lama-lama dah lain jadinya. =) Takpe, yang penting aku tak cari pasal dengan orang.

BACA JUGA :  NAK DOMAIN FREE TAK?
error: Content is protected !!