Kejutan? Kejutan apa tu, ek?
Yeah! Memang hari ni Nuffnang bagi aku kejutan lagi. Kalau semalam aku terkejut dengan BE yang bertukar menjadi metered, hari ni aku terkejut lagi. Semasa aku melawat website Nuffnang tadi, hehe…cek duit lah kan, apa lagi.., tiba-tiba mata aku tertancap pada sudut bawah, kiri website tu. Eh!

Haa! Sangat terkejut. 4 bintang? Sejak bila, aku tak pasti. Semalam tak tengok sangat, tapi hari ni aku tengok dah 4 bintang bergemerlapan untuk Leaderboard. Selama ni, sejak aku daftar Nuffnang sebulan lebih yang lalu, semua tempat 3 bintang je. Hee..ni semua sebab BE lah kot. Ye lah, kalau dah 2 BE bertenggek kat bawah header nun, tu yang bintang tu up lagi satu kot!. Agaknya lah. Aku pun tak tahu sangat pasal bintang-bintang ni. Cuma yang aku tahu, lagi banyak bintang bergemerlapan, lagi bagus.
Kalau anda tahu pasal bintang-bintang ni, jangan segan jangan silu untuk menyuarakannya di ruangan komen yang terbentang indah tu ya.
p/s: Bila agaknya Nuffnang nak bagi aku kejutan dengan advertorial pula, ek? Ceh, berangan tak ingat dunia. Visitor tak sampai 50 sehari, berangan je lebih kau ni, Sya Isya oiiii! 

Yang berangan,

error: Content is protected !!