Alhamdulillah, hari ni, aku dapat sambung entri Beijing yang dah tergendala sejak beberapa bulan lalu. Saat dan ketika ini, aku rasa aku mahu mengimbau saat-saat indah percutian aku ke Beijing. Mungkin sebab kala ini aku sedang tension. Yeah! Aku pergi melancong ni pun sebab tension. Jadi, sebelum buat entri ni, sempat lagi aku layan gambar-gambar percutian tu.
Secara jujurnya, aku masih belum habis tengok lagi kesemua gambar percutian aku di Beijing, walaupun aku bercuti awal April yang lalu.  Mana tak nya, gambar dari kamera aku sendiri je, ada dalam 1400, gambar dari kamera akak aku lagi, gambar dari kamera kawan-kawan akak aku lagi..haa..hamek! setahun baru habis tengok semua gambar tu kot!.
Jadinya, bila aku nak pilih gambar untuk diselitkan di entri-entri Beijing ni, memang memakan masa. Kena ushar satu-persatu. Cari gambar yang sesuai. Untuk entri kali ni, seperti yang aku janjikan pada entri sebelum ni, aku akan bercerita mengenai tempat ketiga yang aku lawati, iaitu Crystal Palace of Ming Tombs, Beijing.
Di ruang legar, terhimpunnya pelbagai jenis mineral. Jom kita cuci mata tengok antara ciptaan Allah yang indah.
Kristal Kekwa
Pyrite
Serpentine
White druse
Arsenotyrite
Ish ish! Kata ni tempat kristal, tapi kenapa pula ada banyak mineral, macam batu-batu je tu? OK, kristal itu sendiri merupakan sumber mineral semulajadi. Nama mineralogik nya ialah quartz, terhasil daripada silikon dioksida, mempunyai hardness 7 dan bergraviti tentu 2.66.
Zaman China dahulu kala, kristal dipercayai boleh menyerap tenaga cakerawala.
3 kelebihan kristal:
1. Jelas dan lutsinar
2. Berkilat dan berkilau
3. Mejauhkan kejahatan
Warna kristal dan maksudnya:
Putih – Suci
Kuning – Duit dan kekayaan
Merah jambu/ungu – cinta
Ok, sekarang, jom usha apa barang special yang ada dijual di sini.
Cermin mata kristal
Cermin mata kristal ni untuk mereka yang rabun dekat. Dia memang ada power, tau. Macam cermin mata yang ada di kedai-kedai cermin mata. Kelebihan cermin mata kristal ni, dia lutsinar. Cuba perhatikan gambar di atas, kelihatan seperti tiada cermin, bukan? Selain dari tu, kristal ni juga tak mudah calar. Uish! Kalau ada untuk rabun jauh, sure aku sambar 1.
Barang-barang lain, macam biasalah, barang perhiasan wanita. Berbaloi juga kalau beli loket, rantai atau gelang kat sini. Untuk perhiasan rumah pun ada juga. Macam-macam ada. Bagi peminat kristal, confirm rambang mata.
Haaa…topeng muka pun ada kat kristal ni.
Huarghh! Legamnya muka!
Bengis! Bengis!
Huhu…sedihnyer…
OK, lastly, sebelum mengeluarkan diri dari Crystal Palace ni, sempat lagi ambil gambar kristal ball merah ni.
Dipercayai, dengan menyentuh bola merah ni dan kemudian mohon 3 hajat, hajat akan menjadi kenyataan.
Hajat 1: Kekayaan
Hajat 2: Kesihatan
Hajat 3: Kahwin 4
(Hajat yang terakhir tu, ajaran sesat pemandu pelancong aku, Michael nama dia).
OK, InsyaAllah, kita ketemu lagi di next entri Beijing: pengalaman aku menakluki Tembok Besar Cina.

p/s: Anda minat kristal? Saya minat, suka kristal lagi berbanding emas.

Siri pengalamanku bercuti di Beijing:

Bercuti di Beijing Episod 1

Bercuti di Beijing Episod 2

Bercuti di Beijing Episod 3

Bercuti di Beijing Episod 4

Bercuti di Beijing Episod 5 

Tips bercuti di Beijing 

Keadaan Terdesak Ketika di Beijing

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

error: Content is protected !!