Sebelum ni, aku dah bercerita mengenai Crystal Palace of Ming Tombs dan Jade Centre. Untuk entri kali ni, aku ingin berkongsi pengalaman aku menjejaki Tembok Besar China. Aku tak pernah berangan untuk menjejakkan kaki ke Great Wall ni, apatah lagi memanjat dan menuruni tangga-tangga Tembok Besar China, yang sememangnya curam. Jejaknya kaki aku ke sini, menunjukkan bahawa aku telah pun melihat dengan mata kepala aku sendiri, salah satu dari 7 kejaiban dunia.

 

Wah! Tak de orang ke? Hehe..Ramai orang, tapi tunggu bila orang tak lalu, baru snap gambar ni.

 

Panjangnya Great Wall ni, kalau mengikut anggaran moden, 6, 400 km dan terdiri dari beberapa seksyen. Aku datang sini masa musim bunga dengan andaian dapatlah tengok bunga-bunga kat Beijing ni. Tapi, buka semua tempat berbunga. Sebab cuaca agak kering, jadi kalau tempat yang terima banyak hujan, dapatlah tengok bunga dan daun-daun kehijauan. Kalau tak, tengok batang pokok je.

 

Kebetulan pula, masa sampai sini, kabus tebal dan hujan renyai-renyai..Alamak..tapi nak buat camne kan, teruskan je seperti yang dirancang. Kami pun memanjat tembok ni, dan mengabaikan rintik-rintik hujan dan memfokuskan mata dan minda pada pemadangan yang terdampar indah, walaupun pemandangan dibatasi kabus.

 

Bunga yang glamour di Beijing – Bunga peach
Bunga peach menemani Tembok Besar China

 

Kami panjat sampai bahagian ke dua je. Di sini ada kedai yang jual barang-barang cenderahati seperti T-shirt, cap, keychain dan pelbagai lagi. Tapi bagi aku, harga nya agak mahal la.

 

 

Paling menarik dan berbaloi untuk dibeli di kedai ni ialah plate, yang certified kita dah pun panjat Tembok Besar China ni pada sekain-sekian haribulan. Tak mahal, RMB40. Kalau ikut exchange rate masa aku pergi, kira dalam RM20 je.

 

 

Sejarah Pembinaan Tembok Besar China

 

Menurut pemandu pelancong aku, tembok ni mengambil masa selama 100 tahun untuk dibina. Huhu..mana taknye, bina, runtuh, bina balik, runtuh semula. Begitulah beberapa kali runtuh sehingga akhirnya tersergam gah tembok ni setelah mengorbankan banyak nyawa. Pembinaan Tembok Besar China ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dari satu dinasti ke satu dinasti yang lain.

 

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’. Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Kalau berjaya panjat tembok ni sampai ke hujung, maka sampailah anda ke Mongolia.

 

Fungsi Tembok Besar China

 

Apa fungsi Tembok Besar China?. Kenapa Tembok Besar China di bina?. Tembok Besar China ini dibina untuk menghalang pencerobohan puak Mongolia dan Manchuria.

 

Lihatlah ketinggian tembok ini
Ada mangga pula. Mangga apa ni? Kenapa ada di sini?

 

Jawapan kepada persoalan aku ni terjawab sebaik sahaja memasuki bas untuk ke destinasi selanjutnya. Di mangga ni, tercatat nama pasangan-pasangan kekasih atau suami isteri. Tujuan meletakkan mangga disini, dipercayai konon-kononya kita dapat mengunci hati pasangan kita, supaya tak cari yang lain..Gitulah simboliknya..

 

Dah panjat,
kenalah turun, kan

 

OK, satu soalan bagi anda yang sedang membaca entri ni. Panjat susah ke, turun lagi susah?

 

p/s: Bagi aku, turun lagi susah. Panjat senang je, cuma jantung berdegup laju je dan kaki rasa lenguh sikit. Turun lagi susah, sebab cerun dan tapak kaki menerima banyak tekanan.

 

Bertemu lagi di entri berikutnya –> Silk Centre.

 

Siri pengalamanku bercuti di Beijing:

Bercuti di Beijing Episod 1

Bercuti di Beijing Episod 2

Bercuti di Beijing Episod 3

Bercuti di Beijing Episod 4

Bercuti di Beijing Episod 5 

Tips bercuti di Beijing 

Keadaan Terdesak Ketika di Beijing

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

error: Content is protected !!