Tembok Besar China dah aku takluki, destinasi berikutnya untuk Koleksi Entri Beijing aku ialah Silk Centre. Di sini aku dapat berkenalan dengan ulat sutera dan mengetahui cara bagaimana sutera dihasilkan. Seperti yang semua ketahui, sutera dihasilkan oleh ulat sutera.
Inilah dia ulat sutera
Ulat-ulat sutera ini akan membuat kepompong. Sebelum ni, aku ingatkan kepompong hanya berwarna putih sahaja, rupa-rupanya aku silap.
Kepompong berwarna kuning.
Jika dalam satu kepompong mempunyai ulat sutera kembar, benang yang terhasil adalah berselirat. Benang ini tidak sesuai untuk dijadikan baju sutera, tapi digunakan untuk membuat cadar dan selimut.
Kepompong dah kering
Dalam kepompong yang dah kering ni, ada ulat sutera yang dah mati. Pemandu pelancong mengarahkan kami untuk cuba membuka kepompong ini. Kami pun cuba menarik-narik ia, tetapi tak berjaya untuk membukanya. Oh! Keras rupanya. Tengok macam tak ada apa-apa je, rupanya, memang sukar nak menguraikannya. Jadi macam mana cara nak membukanya untuk dijadikan benang?
Mula-mula, rendamkannya dalam air untuk melembutkannya
kemudian, masukkannya ke acuan berbentuk U terbalik. Beginilah rupanya.
Langkah ini diulangi beberapa kali sehingga menghasilkan ketebalan yang dikehendaki. Berapa lapis tak pula aku pasti. Benang tersebut dibiarkan kering.
Inilah ulat sutera yang dah mati, dikeluarkan dari kepompong.
Kemudian, pekerja-pekerja akan memegang kepingan benang tersebut, dan menariknya untuk dibentangkan di atas papan khas.
Lihatlah hasil kerja mereka. Benang-benang yang terbentang di papan, tak koyak pun.
Pemandu pelancong menawarkan kami untuk membentangkan benang sutera tersebut. Tanpa membuang masa, kami cepat-cepat pergi ke arah papan rentang tersebut dan memegang hujung kepingan benang. Yeah! Lihatlah kerakusan kami membentangkan benang sutera tersebut. Kalau pass, boleh lah buat part-time kat kilang sutera ni.
Tarik! Jangan tak tarik!
Dan inilah hasil kerja kami!
Hah! Hambik! Koyak rabak benang tu jadinya! Nampak tak?
Masa ni, terdetik di hati aku yang kami dah bazirkan benang mereka. Ya, gelak memang gelak lah, sebab ketawakan diri sendiri. Sebab apabila kami tarik je benang tersebut, memang terkoyak terus. Ala..tak pelah kan, kami ni kan pelancong, bukan pekerja kilang sutera. Apapun, dalam hati, aku kagum dengan skill pekerja-pekerja wanita tersebut. Cayalah!
Inilah kain cadar yang terhasil. Memang nampak cantik dan halus buatannya. Pergh! Ni kalau aku tidur dengan cadar ni, confirm tak nak bangun pergi kerja. Tak tidur kat atas cadar sutera pun dah malas nak bangun pagi pergi kerja.
OK, jom borong cadar sutera. Harganya jauh lebih murah dari yang terdapat di Malaysia. Untuk yang nak jadi raja sehari tu, memang sesuai borong cadar di sini. Stanby lah dalam RMB 1,500 kalau berhajat nak beli cadar dan selimut di sini. Kalau rasa nak borong kain sutera, bawa lah duit banyak-banyak. Tak rugi pun, memang kain sutera di sini cantik-cantik dan halus buatannya.
Pekerja sedang susun cadar yang dibeli. Banyak, kan, orang borong cadar.
OK, dah selesai cerita pasal cadar. Ni serba sedikit mengenai pemakaian sutera di China. Pada zaman dahulu, sutera hanya dipakai oleh orang istana. Kilang sutera pun hanya membuat pakaian untuk Maharaja dan Maharani. Halus..memang halus buatannya.
Pakaian-pakain ni besar sangat, aku nak snap gambar pun payah.
Tapi, zaman sekarang ni, siapa-siapa pun boleh pakai pakaian sutera, kan? Aku pun suka pakaian sutera, best! Tak panas. Anda suka tak?
Next entri: Beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Beijing: Tips Bercuti Ke Beijing.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
seronoknya bercuti
suka sangat-sangat!! tapi da lama tak pakai la. ;( wahh beshnya sya dpt pegi sana. mesti sya yang paling ganas tarik benang tu kan. KAHKAH
@Sharinginfoz: Bercuti memang seronok. Rasa macam nak melancong lagi je, tapi tak de budget la pula. huuu
@Eciz: Yeah! Sya lah yang paling ganas tu. Mana Eciz tahu? Keh2.
eh, nak tnya sya isya la..sy thn depan nak pegi beijing. pastu nk tny, u all kalu mandi pakai shower kan. kalu beristinjak, ade tap paip di sinki? heh, kalu bwk baldi kecil or paip getah boleh ke? =)
apa nasihat sya utk org yg perlukan air mcm kita ni org melayu malaysia kalu pegi melancong di beijing?
~~ erm, nak tnya juga, brg apa yg best yer utk shopping?
~~kalu waktu melancng pla, time bila paling sesuai yer? sy tgk sya pegi time spring right? brapalah suhunya?
hehe, byk pula bertanya. tercari2 mengenai beijing, terjumpa pla blog sya yg best ni. if u dont mind, pls share ur answers with me. TQ!
-Balqis~
Hi Balqis, Sya dah jawab persoalan Balqis di entri Tips Bercuti Ke Beijing. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog Sya ni. InsyaAllah, Sya akan share pengalaman Sya di sana, tapi buat masa ni, laptop Sya bermasalah. Jadi aktiviti berblog Sya tergendala. InsyaAllah, when everything is OK, Sya will post about Beijing some more.