Hari ni ada 1 kejutan untuk aku. Baru ni aku perasan. Apabila aku buka je blog aku, kat toolbar alexa  terpampang angka
965,906 

Tak tahu lah aku bila dia turun bawah sejuta. Aku sendiri pun tak perasan. Sebelum-sebelum ni, memang aku perasan, nombor tu setiap hari dia turun. Aku mula pasang alexa toolbar pada 6 haribulan Jun yang lalu dan pada masa tu, ni lah ranking alexa aku: 

2,155,816

Aku tak ada screen shot, sebab masa tu aku just ambil je nombor ni, dan letak kat draft entri. Saja je buat kenangan. Aku pun tak de lah kejar sangat Alexa ni. Aku start pasang Alexa ni pun, masa sibuk-sibuk pasal ada Syarikat Web Hosting Malaysia nak bagi domain free. Tu yang aku check Alexa aku ni. Sebab salah satu kriteria yang diambil kira adalah ranking Alexa.

Tadi, aku check kat website Alexa untuk blog aku ni, inilah yang tertera.

Ranking untuk Malaysia 4ribu lebih. OK ke tak tu? Bintang pula 4 yang menyala. Bintang tu untuk apa pula?
Sesungguhnya, aku pun tak tahu sangat pasal Alexa ni. Agaga…

error: Content is protected !!