Huhu..dah pukul 11 lebih dah. Kurang dari sejam, akan bermula lah tarikh baru untuk bukan Julai ni. Haish! Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, Ogos dah semakin menghampiri.
Huhu..biasanya entri harian aku keluar pada awal hari, seawal jam 12 tengah malam. Tapi untuk hari ni, dah hampir 12 tengah malam untuk keesokan harinya. Uhuhu.. Apa yang aku buat hari ni sehingga tak sempat nak update blog?

Alkisahnya, dari pagi tadi sehingga jam 3.30 petang, tiba-tiba je aku bina rumah baru. Agaga..Buat blog baru dengan perabot, karpet, langsir dan seluruh isi rumah, kesemuanya serba baru. Idea spontan. Kalau nak ikutkan perancangan asal, sepatutnya bukan blog ni yang aku bina.

Jadi, dengan ini, secara rasminya, aku nak menjemput anda semua datang ke rumah baru tersebut, yang juga merupakan rumah kedua yang aku publish. Jom datang sana!. Anda juga boleh memberikan pandangan untuk penambah-baikan. Nanti aku cuba adjust mana yang patut. InsyaAllah.

Jom beramai-ramai meriahkan rumah baru ni.

error: Content is protected !!