Alhamdulillah, akhirnya entri tentang tempat menarik di Langkawi yang aku sekeluarga lawati dah tiba ke penghujungya dan aku jadikan Tanjung Rhu sebagai tempat terakhir untuk siri Tempat Menarik Di Langkawi.
Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga bercuti dengan budget yang terhad. Datang dari Selatan ke Utara, kami memilih jalan darat. Penat memang penat, tapi best juga, jelajah dari 1 negeri ke 1 negeri. Bila singgah RNR tu, bertukar-tukar loghat bahasa aku dengar. Dah nama pun percutian budget, jadi, kebanyakan tempat yang kami lawati ialah FOC (Free OF Charge). Hehe…
Tempat yang kena bayar cuma Cable Car, Underwater World dan Aktiviti Islad Hopping. Untuk aktiviti Island Hopping, kami sekeluarga (7 orang) menyewa 1 bot, RM200 sahaja. OK lah tu, kan. Kami sewa bot untuk kami sekeluarga je, tak campur dengan orang lain.
Aku tak buat entri untuk tempat makan yang best, sebab kami sekeluarga agak tak berpuas hati dengan tempat makan di sana. Hanya 1 tempat je yang memuaskan hati dan kami makan 2 kali di sana. Murah pun murah, sedap pun sedap. Bagi tekak kami, sedaplah. Tekak orang lain, aku tak tahulah, sebab sedap ni adalah perkara yang subjektif. Ikut lidah yang merasa.
Gulai Panas
Ulam
Kailan Ikan Masin
Sebagai entri penutup, ni serba sedikit pemandangan dari Hotel yang kami sewa selama 3 hari 2 malam, Hotel Bella Vista (RM300++).
Hotel Bella Vista
Pemandangan dari Aras 4
Pemandangan zoom dari aras 4
Alhamdulillah, akhirnya, siap 1 siri. Lepas ni nak siapkan entry Penang dan Beijing pula.
pernah gak g langkawi. best shopping. nak g lagi la..hehe
menarik ;0
Langkawi = food heven !! 🙂
Jalan Jalan Cari Makan Langkawi
kedai tu kat pekan kuah ke
plan nk ke langkawi bulan 12 ni…
info yg menarik…
tp sure penat kn dari selatan ke utara tnh air…
pergh.. penat dia takleh nak cakap lah. better naik flight je kalau dari selatan. kalau naik kereta memang penat yang amat.
boleh bg contck no nk sewa bot yg rm200 tuk island hoping tu
maaf yatie, saya takde pula contact no orang bot tu. saya just tanya kat kaunter chalet yang saya menginap je