Huhu…hari ni tengok kat web Nuffnang, 1 lagi Buffered gugur jadi metered. Garuda Indonesia, dah 5 hari aku tengok earning tak berganjak. Aku tahu dia dah nak jadi metered, tapi tak gugur-gugur. Akhirnya hari ni dia gugur juga. Duit terkumpul pun tak sempat banyak. Tapi dia lebih sikit dari buffered pertama dulu, 8tv.
Faktor earning BE aku tak berapa nak berganjak sangat berkaitan dengan pengurangan aktiviti berblog di bulan Ramadhan ni. Walaupun aku tahu ada 3 Buffered sedang menari-nari, tapi aku tak dapat nak beri komitmen lebih terhadap blog ni. Huhu..Kini tinggal 2 je Buffered.
Oh ya! Walaupun dah tinggal 2 je Buffered, aku agak tersenyum juga, apabila terpandang bintang penuh untuk Leaderboard. Yeah! Alhamdulillah.
pssstt: Bila LR dengan SS nak tambah bintang ni? Dari dulu 3 je tak gerak-gerak.

error: Content is protected !!