Salam Ramadhan untuk semua pembaca yang beragama Islam. Walaupun sedang sibuk menyiapkan tempahan kuih raya, kali ini aku masih lagi berkesempatan menyertai projek ke-3 kerja rumah yang diberi oleh bro Ijad. Setakat ni aku dah pun menjadi “blogger yang tersepit” dan “blogger yang terdesak“. Kali ni, aku jadi blogger yang terkentut pula.
Haish! Sebaik sahaja aku membaca tajuk yang diberikan, dengan spontannya ketawa ku terbahak-bahak. Aik! Takde tajuk lain ke? Secara automatik juga fikiran aku membayangkan, ni mesti masa bro Ijad tengah fikir-fikir nak bagi tajuk apa, tiba-tiba time tu dia terkentut, tu yang keluar idea buat tajuk Blogger Yang Terkentut ni. Betul tak, bro Ijad, telahan Sya ni. Hehe… Betul kan, kan kan kan..
Ketika tajuk ku baca, secara spontan terlintas 2 cerita di fikiran ku. Tapi selang beberapa jam kemudian, aku tak jadi nak buat entri untuk cerita tu. Kenapa? Sebab, kalau aku buat juga entri tu, mesti korang kata aku ni tak senonoh. Hihu..taknak lah, jatuh lah saham aku nanti. Walaupun ni di alam maya, tapi aku rasa masih lagi ada keperluan untuk ‘control cun’ di alam maya ini. Hehehe…Jadinya, entri itu aku gantikan dengan entri ini. Harap korang menerima seadanya entri versi control cun ni eh.
Solat tiang agama. Setiap umat Islam diwajibkan bersolat 5 hari sekali. Namun, kita bukan sahaja dituntut untuk sekadar melakukan solat kerana solat kita akan dinilai tahapnya. Sejauh mana berkualitinya solat yang kita lakukan, ianya menjadi rahsia Allah. Tugas kita untuk melakukan ibadah solat itu dengan sesempurna yang boleh.
Namun, kadangkala, ketika mahu bersolat atau sedang melakukan solat, akan mendapat godaan dan cobaan. Kadang-kadang, usai berwudhuk, terasa pula macam ada angin yang nak melepaskan diri dari dalam badan. Ataupun ketika sedang bersolat, macam memang tak sabar-sabar angin tu nak keluar. Apa yang dibuat dalam situasi begini?. Tahan seboleh-bolehnya sampai rasa macam nak bernafas pun susah, atau lepaskan sahaja?. Dua-dua memang pernah dipraktikkan.
Kadang-kala, angin tu tak bagi signal pun nak keluar. Dia terus je melulu keluar. Haaa…time tu kan, tak boleh nak buat apa lagi lah kan, tiada pilihan lain selain daripada berwuduk semula dan solat kembali. Takpe, setiap kejadian kan, ada hikmahnya.
psssttt: Tahan kentut memang menyeksakan jiwa raga. So, lepaskan je, jangan tahan-tahan. Hehe..
Rasanya lebih baik dilepaskan saja kentut itu, kalu rasa solat sudah tidak khusyuk.
hmm…sabo aja la ..hehe dulu ada org ckp kalu orang yang tahan kentut ni tandanya dia bodoh..haha sbb nnt bawak penyakit kot,..tp better lepas trus..n_n
haha..
ayat ini power..
"Tahan kentut memang menyeksakan jiwa raga. So, lepaskan je, jangan tahan-tahan"
nampak memang kritikal kalau terus tahan…=)
haha.. kalau time solat nak terkentut, terus aje tak kusyuk solatnya.. tapi kalau rakaat yang awal boleh la ambil wudhuk lagi sekali.. cuba tengah sujud tahiyat akhir.. haha 😛
dulu selalu juga tahan kentut masa solat..tapi tak leh amalkan sebab solat jadi tak kusyuk..