CONTEST!!
Hari ni tiba-tiba jari-jemari aku ni gatal pula nak klik-klik entri di blog orang mengenai contest. Lepas satu, satu entri tentang contest aku baca. Inilah aku, bila mood join contest dah datang. Aku tak nafikan, aku ni agak ‘gila contest’ juga.
Dulu rajin bebenor aku join Giveaway. Tapi sekarang tidak lagi, sebab aku tahu, aku memang tak bertuah untuk memenangi giveaway tu semua. Aku perasan juga lah, asyik orang yang sama je menang. Tak pelah, tu memang dah tuah mereka, kan. Dah memang takde rezeki aku. Paling-paling pun, sipi je lagi aku nak menang. Yang menang no 23, tapi nombor aku 22. Ceh! sabar je lah.
Bila sebut pasal contest pula, sebenarnya hari ni ada 1 contest yang nak due. Sepatutnya aku buat entri contest tu, tapi lain pula yang aku buat apabila buka blog ni. Pi cari contest-contest lain pula. Apa daa..aku ni. Huhu…Suka benor aku ni join contest last2 minute. Padahal contest ni dah sebulan lebih aku tahu. Entrinya dah dirangka-rangka dalam kepala ni, cuma belum diluahkan dalam blog ni je. Biasalah kan, kalau last-last minute buat entri, bila dah ada momentum yang boleh beri impak maksima tu, barulah jari-jemariku yang tak runcing ni rancak menari-nari di atas keyboard menyiapkan entri.
Masih ada tempoh 12 jam untuk aku join contest tu. Huhu..nak siapkan tempahan kuih raya lagi, nak tulis surat cinta kepada lecturer untuk apply sambung master lagi, nak layan blog lagi..hehe..semua aku nak buat..gila kuasa betul!
Oh! OK, udah-udah..banyak kerja lain lagi nak buat..Tak boleh ngadap lappy je..kuih banyak lagi tak siap..raya dah nak dekat..uwaa..ada sesiapa nak tolong aku siapkan kuih?

error: Content is protected !!