Ini adalah salah satu entri yang dah lama aku nak buat, sejak beberapa bulan yang lalu. Di mana aku kenal Eyriqazz.com, tak pula aku ingat. Tapi yang pastinya blog milik cikgu Iman yang sangat berminat dengan cerita GTO ini adalah antara blog terawal yang aku kenali semasa awal pembabitan aku dalam dunia blog.
Pertama kali tiba di blog ini, cinta aku dah pun terjatuh. Kiranya ini cinta pandang pertama lah juga. Bukan cinta pada pandangannya sahaja, malah aku terpikat dengan gaya bahasa yang ditonjolkan. Sangat terkesan di hati aku. Entah mengapa, membaca entri-entri yang terdapat di blog ini menyebabkan aku jadi seperti mahu membaca dan terus membaca lagi. Lepas satu-satu entri di blog ini aku selami. 
Aku tak nafikan, blog ini adalah salah satu tempat aku berguru. Walaupun aku tahu Eyriqazz berguru dengan MelRomeo miahaha, tapi aku selesa dengan GTO. Tapi ini tak bermakna yang aku tidak membaca blog Melz. Baca juga, cuma lebih kerap datang ke sini. Tahlah, dah kena pukau agaknya aku ni!. 
Dulu, sewaktu awal pembabitan aku dalam dunia blog, aku tak pernah fikir untuk mendapatkan komen banyak-banyak memandangkan aku berblog untuk mengisi masa lapang yang ada di waktu malam. Tapi, apabila tiba-tiba aku mendapat response dari pembaca, aku sedikit terperanjat, dan entah mengapa, aku tersenyum membaca komen yang ada. Eh! Eh! Suka lah pula ada orang komen. Hehe..
Sejak menerima komen, aku mula bereksperimen dengan blog aku sendiri. Mengkaji entri yang bagaimana dapat menarik minat untuk pembaca komen. Sekali lagi blog Eyriqazz menjadi blog kajianku. Lihatlah komen-komen yang terdapat di blog beliau. Memang banyak. Setiap entri mendapat sambutan hangat dari pembaca blognya. Aku dapat rasakan yang Eyriqazz sehingga tak menyempat nak membalas semua komen yang diterimanya. Hasil kajian aku di blog beliau, aku berjaya mendapat komen dari pembaca. Walaupun tak banyak sepertinya, tapi aku berjaya mendapatkan komen pada hampir setiap entri. Takpe, bagi aku, setiap perkara bermula dari sifar. 
Selain daripada tips berblog, aku suka sangat baca entri-entri Nuffnang yang terdapat di sini. Namun begitu, dalam banyak-banyak entri Nuffnang yang aku dah baca, aku suka sangat dengan entri Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya. Ada gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan bibirnya dihighlight dalam entri ini. Tah apa kena mengena bibir ini dengan entri tersebut, aku pun tak tahu. Tapi itulah yang menjadi tarikan dalam entri ini. Aku mengakui yang Eyriqazz mempunyai caranya yang tersendiri dalam mencipta tarikan di setiap entrinya.
Walaupun belum setahun berblog, namun Eyriqazz dan blognya sangat maju. Usia beliau berblog sama je dengan usia aku berblog, tapi jika nak dibandingkan pencapaian beliau dengan aku, huish! bagai langit dan bumi. Jadi, berbesar hati lah, jika Eyriqazz sudi memberikan pandangannya yang bernas mengenai blog aku ni. 
p/s: Semalam, ketika datang melawat blog GTO ni, aku sangat tertarik dengan 1 gambar yang ada di sana:
   
Aku pun tunjuk gambar ni pada housemate ku yang lain, dan tanya “apa yang awak nampak?”. Huish! Jawapan mereka sama dengan aku lah! Haha…Tapi at least aku nampak juga lampu tu bila pandang gambar ni kali ke-2. Roomate aku, jenuh tenung gambar ni, tak nampak-nampak lampu yang ada. Boleh pula dia jawab “mana ada lampu!”. Huish! Betul-betul kena cuci dengan clorox ni, otak dia ni!. Housemate aku pun dah mula fikir yang selama ni aku selalu tidur lewat malam, rupanya dok melayan gambar-gambar macam ni. Hadoi! Video si Ariel dan pelakon-pelakon wanita tu semua pun aku tak tengok tau! Huhu…Sabar je lah.
p/s/s: Malas nak ambil tahu pasal artis.

error: Content is protected !!