Hari ni, sedang aku usyar-usyar tajuk-tajuk entri di dashboard, mata aku menangkap tajuk entri “Kisah Blogger Yang Tesepit..yeee haaa” dari blog bro Rohaizad. Tapi aku abaikan je tajuk ni, sebab malam ni memang kalau boleh tak nak mengadap lappy lama-lama. Tapi jari ni tetap gatal nak scroll lagi mouse. Jumpa lagi tajuk “Blogger Yang Tersepit“, dari Rezeki Murah. Haish! Curios sungguh hati aku ni. Apa nyer yang tersepit ni? Apa hal yang berlaku sebenarnya ni? Dengan hati yang banyak tanda soal di dalamnya, aku pun klik kedua-dua tajuk ni, untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Ohhh..alkisahnya..bro Ijad ni ada buat 1 koleksi cerita-cerita tentang blogger tersepit. Blogger-blogger lain semua boleh buat entri dan sertakan link ke entri bro Ijad. Bro Ijad akan update senarai link dan blogger yang lain semua boleh baca entri-entri yang ada di situ. Huuu..menarik juga ni. Teruja pula aku tengok kemeriahan blog bro Ijad dengan sambutan yang amat menggalakkan dari blogger-blogger. Ada yang excited nak hantar entri, ada juga yang excited nak baca semua entri yang ada. Aku pula? Tertanya-tanya dan berfikir, aku ni apa yang tersepit? Aku tersepit ke?
Ermmm…tiba-tiba dapat ilham. Aha! Memang aku tengah tersepit pun. Ni bukan buat-buat tersepit semata-mata untuk hantar entri tersepit ni, eh. Apa nya yang aku tersepit ni?. Alkisahnya, seperti yang aku pernah nyatakan dalam entri-entri aku kebelakangan ini, aku sedang mencari kerja baru. Aku tak nak berterusan jadi minah kilang. Tak mahu dah aku kerja kilang ni lagi. Tak mahu dijajah dengan suasana tertutup kilang sampai aku beruban. Aku memang tak rela. 
Jadi, aku mahu berhijrah. Berhijrah demi kebaikan dan masa depan diri sendiri. Aku mahu bekerja dalam industri oil and gas, di mana inilah bidang yang aku pelajari sewaktu di Universiti dulu. Aku nak praktikkan apa yang aku pelajari, agar aku tak menjadi seperti pohon yang tidak berbuah, ada ilmu tapi tak amalkan. Tapi, pengalaman kerja yang aku ada selama 2 tahun setengah ni, bagaikan 1 tembok besar, yang seolah-olah menghalang untuk aku mengorak langkah ke bidang yang satu itu. Mana tak nya, pengalaman aku sekarang ni, tiada kena mengena langsung dengan oil and gas. Kerja kilang, dalam makmal pula tu. Jadi, bila aku nak minta kerja oil and gas ni, terasa payah benar. Apabila nak hantar resume, terasa yang resume tu kosong. Argh! Aku tahu, kalau aku minta juga bidang oil and gas ni, sama je aku dengan fresh graduate, sebab aku tak ada pengalaman langsung dalam bidang ni. Kalau dah namanya fresh graduate, gaji pun fresh lah. Huhu..jadi kalau aku betul-betul nak tukar bidang, aku perlu bersedia untuk menerima gaji yang lebih rendah. Agaga….Gaji yang sekarang ni pun rasa macam cukup-cukup makan je. Huhu..
Tapi, perkara sebaliknya jika aku meneruskan pekerjaan dalam bidang yang sama seperti sekarang. Aku boleh demand, dan dapatkan gaji yang lebih tinggi. Tapi, ini bukanlah minat aku. Argh! Aku mahu keluar dari kepompong kilang. Aku dah rasa aku ni bagai katak di bawah tempurung. Pergi kerja, matahari pun tak kelihatan lagi. Balik kerja, tengok bulan dah. Begitulah dunia aku sekarang ini.  Kilang dan rumah, 5 minit je perjalanan. Tiap hari, kilang-rumah, kilang-rumah. Adeh!. Mahu teruskan hidup sebegini ke? Fikiran aku pun, semakin hari, rasa semakin tertutup je.
Jumaat lepas aku pergi interview, still lagi kerja di makmal, tapi di kilang lain. Dalam banyak-banyak soalan yang interviewer tu tanya, soalan ni je lah yang aku rasa betul-betul menjerut leher aku:
“I nak tahu sebenarnya, apa target U dalam kerjaya? Kalau I offer U kerja sini, berapa lama U akan kerja di sini?. Adakah U akan stay di sini lama, atau selepas 6 bulan U akan berhenti?”.
Sebenarnya, soalan ni dia tanya sebab dia sangat curios. Sebab aku minta kerja dekat situ, jawatan yang lebih rendah dari sekarang. Yelah kan, orang selalu minta kerja, yang lagi up, aku ni terbalik pula. Dia cuma rasa aku tak patut pegang position yang aku minta. Jadi, dia pun macam takut nak ambil aku. Huhu…Soalan dia tu, kalau nak ikutkan, jawapan di hati aku ialah “I akan stay dekat sini sampai I dapat kerja yang I nak (oil and gas)”. Tapi, gila ke apa, kalau aku nak jawab macam tu. For sure, out you go. You are rejected. Then, aku bagi baik punya jawapan.
Sebenarnya, kalau aku nak tukar kerjaya, aku perlu cepat, sebelum umur aku semakin meningkat. Yelah, umur kan makin naik, ada ke orang umur makin turun? Nak cari kerja ni, orang tengok umur juga apa? Kala umur dah terlebih, aku dah tak boleh nak tukar kerjaya pula nanti. Tapi tu lah, huhu..bila aku minta oil and gas, payah pula nak dapat response. Bila aku minta yang seangkatan dengan kerja sekarang, cepat je panggil interview. Haish! Tak tahu lah aku. Agaga…..ke sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku nak? Aku belajar pasal kejuruteraan gas ni pun, bukannya aku minta. Universiti tu yang offer aku. Aku tak apply pun. Aku minta U lain. So, seriously, aku dah macam sebuah kapal yang tak tahu ke mana hala tuju. Aku sekadar mengikut sahaja arah angin yang meniup aku. Yang pastinya, di mana kapal tersadai, di situlah aku akan cuba sesuaikan diri untuk terus hidup. Uwaa..aku tak mahu berterusan begini. Sering kali aku bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku nak sebenarnya?”. 
Entahlah, dah selalu sangat tak dapat apa yang aku nak, kot!, sampai aku pun dah tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Huhu…

Apa yang aku nak sebenarnya?

BACA JUGA :  ALAHAI BLOG
error: Content is protected !!