Sebelum ni, aku selalu terbaca tentang tingkatkan trafik blog dengan menggunakan backlink di blog-blog orang yang telah maju dalam dunia blog. Namun, semalam, telah ternyata apa yang dikatakan oleh mereka adalah benar. Semalam, aku tidak update blog langsung sebab aku tak sempat nak update dek kerana sibuk berjalan mengelilingi satu Jusco Tebrau. Hehe..saje je, nak berjalan-jalan dengan rakan serumah selepas aku ke Maxis Center membuat pertukaran pakej. Huu…rasa bahagia sangat dapat bertukar ke pakej yang lebih murah.
Balik dari jalan-jalan, aku dah kepenatan sangat. Sempat jenguk blog je. Tengok trafik. Oh oh oh.. trafik di luar jangkaan. Jumlah visitor tertinggi untuk minggu ni, walaupun blog tak berupdate. Hari-hari aku update blog pun tak dapat UV banyak macam ni. Walaupun angkanya 66 je, tapi tu dah kira dua kali ganda dari trafik yang aku selalu dapat. Huu..yang bestnya, aku tak update blog pula tu, tapi trafik masuk.
Trafik semalam yang dihiglight menggunakan kotak merah
Dari mana datangnya trafik banyak-banyak tu? Angkara siapakah yang membawa visitor ke blog aku?
.
.
.
.
JENG JENG JENG
Yeah..dia adalah Eyriqazz.com. Carta di atas bukan carta semalam, tapi carta untuk minggu ni. Semalam aku dah penat sangat, tak terfikir pun nak buat entri ni. Tu yang aku tak snap gambar carta semalam. Tapi, semalam memang Eyriqazz.com menduduki tangga yang teratas dalam carta, menunjukkan majoriti visitor aku datang dari blognya. Aku sendiri pun terkejut. Segalanya bermula dengan entri Kenapa Aku Mahu diterjah Eyriqazz. Tak sangka pula Eyriqazz sukakannya dan menjadikan entri aku tu sebagai entri favourite nya untuk semalam.  Thank you Eyriqazz. Jasamu dikenang. Aku pun rasa happy juga, bila tengok buffered earning ku pun bertambah lebih banyak dari selalu. Sekarang baru aku faham, kenapa blogger beriya-iya update blog untuk tingkatkan trafik apabila dapat buffered dari Nuffnang.
Sebelum ni, pernah juga aku dapat backlink dari Wordzspace sebab entri Tak boleh ping entri di GB telah dapat menyelesaikan masalahnya. Masa tu, aku berada di Beijing, dan tak jenguk langsung blog selama seminggu. Blog pun terbiar tak berupdate. Apabila aku tengok Statcounter, trafik banyak datang dari Wordzspace. Thanks Wordzspace!.
Huhu..kesimpulannya, memang best dapat backlink ni. Ada lagi backlink dari yang lain. Tapi ni dua backlink yang menyumbang trafik ketika aku tak update blog langsung.
Yeehaaa.. I like!

BACA JUGA :  RUMAH BARU..KARPET BARU..PERABOT BARU..SEMUA BARU
error: Content is protected !!