Petang tadi, aku ke pasar dengan ibuku. Untuk membeli bahan-bahan membuat mini popia. Tahun ni, aku ambil tempahan kuih raya. Ala..mini popia je, inti udang kering. Ini bukan kali pertama aku jual kuih raya. Dulu, masa matriks dan masa kat U pun aku jual juga. Pelanggan memang dah ada lah, sebab tu semua pelanggan mak aku. Sebab dulu masa aku darjah 2, mak terima tempahan mini popia dan mini karipap.
Jadi, sejak aku kecil, aku belajar buat klem karipap. Mak aku bagi sedikit tepung, ajar aku klem karipap, lepas tu aku praktis. Tepung tu dari warna krim, sampai hitam, aku kerjakan. Tapi takpe, aku praktis sampai aku pandai klem karipap. Aku memang suka buat kuih, biskut dan kek, tapi aku tak gemar masak lauk. Tapi kalau dah lapar sangat, masak la juga, sebab takde orang nak masakkan untuk aku..huhu…
Eh! OK, back to the topic. Alkisahnya, kat pasar tadi, aku pun belilah udang kering. Orang kedai tu pun bungkus udang kering tu, dan letakkan bungkusan tu di atas longgokan bawang dan meminta bayaran. Aku pun keluarkan duit dan bayar. Lepas ambil baki wang, aku pun beredar merapati mak yang berada di kedai lain sedang memilih barang.
Baru je malam tadi, aku nak rendam udang dengan air panas. Cari-cari udang tak jumpa. Aku tanya mak, mak kata “Mana mak tahu, kau yang beli tadi, kau yang masukkan dalam troli”. Dalam hati aku terus berkata “Masukkan dalam troli? Alamak, macam aku tak masukkan dalam troli je!”. Aku flashback semula, uhuhu..memang sah, aku tak masukkan udang tu dalam troli. Patutlah masa aku kemas barang-barang yang dibeli tadi, aku tak perasankan kewujudan udang tu. Hadoi!
Nak ke pasar semula, dah pukul 10 malam. Pasar pun dah tutup. Esok je lah pergi sana semula. Tahle..aku ni dah lalok kot! Heee…Biasanya, kalau membeli barang, penjual hulurkan barang, dan aku terima barang tu sambil hulurkan duit. Tapi yang ni, dia letak je bungkusan tu kat atas bawang-bawang yang ada disitu. Aku pun tak perasan yang barang tu aku tak pegang pun. Agaga…

error: Content is protected !!