Salam Ramadhan, wahai pembaca sekalian.
Terima kasih kerana masih sudi datang menjenguk dan membaca entri-entri yang terdapat di sini. Setelah aku penat pusing-pusing surfing di internet ni mencari maklumat tentang affiliate, semakin ku cari, semakin pening pula aku rasa. Last-last, aku terus meringankan jari-jemari yang tak runcing ni untuk mengetuk-ngetuk keyboard sambil mengarang entri ni. Arhh..rasa lagi best pula mengayat ni, dari membaca pelbagai maklumat yang bisa meng’ting-tong’kan kepala aku ni.
Tadi ketika makan, ada beberapa entri yang menari-nari dimindaku. Tapi kebelakangan ni, memang aku teramat malas nak update blog. Bukan setakat malas nak update, malah malas juga nak ping. Sebelum ni pun malas juga, tapi sekarang ni, malas dah tahap gaban, sehingga tahap tak ping langsung. Jadi, kalau anda membaca entri ini, anda adalah salah seorang follower atau pembaca setia blog ini. Terima kasih daun keladi, kalau suka, datanglah baca lagi. Hehe..
Sempena bulan Ramadhan ni juga, dapat pula idea nak menulis mengenai tahap cemburu kaum Adam terhadap kaum hawa. Hal perempuan tak berpuasa ni memang suka dijadikan modal oleh kaum lelaki untuk menyakat perempuan. Beberapa situasi dah aku lalui. Antaranya:
Situasi 1:
Lunch hour sudah tiba. Aku pun mengambil beg dan bergegas ke pintu lif. Memang nak kena cepat sebab rehat 45 minit je. Perjalanan balik ke rumah mengambil masa 10 minit. Pergi balik, dah 20 minit. Maksudnya, ada 25 minit je untuk berehat-rehat di rumah. Di pintu lif, rakan sekerja, yang semestinya kaum adam menegurku:
Adam: “Kau ni nak balik rumah, ni mesti nak makan maggi ni”.
Dalam hati aku: “Hokaloh, apa barang makan maggi. Aku nak tidur lah!”.
Tapi aku malas nak jawab kat dia, nak declare aku balik sekadar nak lelapkan mata je pun aku malas. Tak yah balas ler..
Situasi 2:
Aku sedang menuruni tangga dari tingkat 4. Langkahku agak sedikit longlai. Sikit je, tak lah longlai sangat. Aku sekadar nak buat energy saving. Nak bergerak laju-laju sangat pun nak buat apa. Turun naik tangga tu!. Karang tak pasal-pasal, longgar kaki pula. Di tempat kerja, aku memang tak gemar menggunakan lif. Saje je nak exercise turun naik tangga, sekurang-kurangnya, boleh mengelakkan dari cepat kembang sebab kerja aku banyak duduk sambill ketuk keyboard. Semasa aku lalu di hadapan lif, seorang lelaki menegur aku:
Adam: “macam puasa je!”.
Aku: “memang puasa pun!”
Adam: “iya lah, kan saya kata tadi, macam puasa je!”
Aku (dalam hati): cis! dah kau guna perkataan ‘macam’, nada pun ‘macam’ mengejek je.
Situasi 3:
Aku berYM dengan rakan. Soalan yang aku selalu terima:
Adam 1: “Puasa tak hari ni?. Maklumlah orang perempuan”
Adam 2: “Selamber je, ni mesti tak puasa ni”.
Adam 3: “Dah ponteng ke belum”.
Kalau nak diikutkan, banyak lagi soalan-soalan menyakat yang aku terima bila tiba Ramadhan. Nampaknya, suka benar orang lelaki ni, jadikan modal cuti puasa ni untuk menyakat. Bila aku kata kat mereka, “Eleh! Jeles lah tu!”, sorang pun tak nak mengaku.
Hai lelaki,
Kalau padi katakan padi,
Tidak aku tertampi-tampi,
Kalau jeles katakan jeles,
Tidak aku sakit hati
Eceh! Berpantun pula. Apapun, aku hanya perlu berfikiran positif, yang bahawasanya mereka sememangnya jeles!. Kui3. Aku yakin dan pasti, bukan aku seorang sahaja yang mengalami situasi seperti ini.
p/s: Lelaki, betul ke korang jeles, atau sekadar saje je nak menyakat? Tak de modal lain ke?.
lelaki jeles kot..sbb wanita adalah kejadian yg sgt istemewa berbnding die..hehehhee
sib baik lelaki2 kt office saya sporting..hehe..