Hari ni, blog ni lambat berupdate, lagi 20 minit dah nak masuk ke hari berikutnya..Huhu..sebenarnya dari siang lagi, berangan nak update entri Beijing. Dah sebulan rasanya tak sambung entri Beijing ni. Herm..bilalah boleh tamatkan siri ni, jangan sampai tahun depan, sudah! Huhu..
Kenapa aku tak dapat nak update hari ni? Jawapannya simple je, sesimple A B C…sebab aku letih yang teramat sangat. Balik kerja dah pukul 7, sampai rumah, 5 minit, pastu azan dah. Makanan untuk berbuka tak sempat masak pun lagi. Kemudian, kenalah jadi lipas kudung siapkan makanan untuk diri sendiri. Memang aku tak beli makanan di bazar mahupun kantin, sebab aku memang jenis yang tak suka makan luar, tapi aku juga tak rajin memasak. Kalau aku puasa je, aku rajin sikit nak masak, sebab tiada pilihan, kena masak juga untuk berbuka.
Lepas siap makan, mengimarahkan masjid pula. Rasa rugi pula kalau tak ke sana. Tapi mungkin sebab penat sangat kot. Walau aku cuba gagahkan diri, terlelap banyak kali juga. Imam pula baca surah punyalah panjang. Bukan surah lazim yang dibaca, so, aku nak ikut pun tak boleh. Aku bukan tahfiz..huhu..Sudahnya terlelap banyak kali. Adeh…bukan aku sengaja dan tidak pula ku pinta..
So, to my dear blog, sorry lah..tuan mu ini tak larat sudah…
nak zzzzzz…

error: Content is protected !!