Di pagi yang hening..aku mula ON lappy, sebab aku dapat MC dua hari, dek kerana aku mengalami masalah mata. “Mata terlalu letih” kata doktor. Doktor suruh aku berehat 2 hari. Iyolah, mana tak nya, kat office dok tenung PC, kat rumah, malam dok tenung lappy. Sudahnya mata aku merana. So, bermula dari semalam, aku akan kurangkan aktiviti berblog ni. Sehari maksimum 2 jam je aku peruntukkan.
Alkisahnya, pada Ahad lalu, aku ada join satu pertandingan review di Reezluv.com. Dapat tahu pertandingan ini dari blog DJ. Thanks, DJ. Aku kira lambatlah juga tahu mengenai pertandingan ini. Aku tahu dah hari Sabtu (31 Julai), tarikh tutup pertandingan 1 Julai. Halamak! Memang tak sempat der..Tapi aku masih bernasib baik, sebab aku tengok post terkini di Reezluv.com, ada update tentang pertandingan ini. Tarikh tutup di lanjutkan sehingga 2 haribulan. Yeay! Sempat lagi join. 
Sebenarnya, aku tak pernah join pertandingan review ni. Sebabnya, bagi aku, kerja review ni memang susah. Iyolah, nak kena explore 1 blog. Lepas tu nak kena cari yang tersirat di sebalik yang tersurat tu. Buat ayat lagi. Aku asal contest review je, mesti aku tarik diri awal-awal. Ahaks! Mengaku kalah sebelum berjuang. Tapi dek kerana aku teruja dengan hadiah utama yang ditawarkan (domain free setahun), aku berani kan diri juga join contest ni.  Huhu..cuba jelah, review je apa yang patut. Hujung minggu yang lalu, memang 2 hari berturut-turut aku join contest. Sebab dua-dua contest due date dah dekat. Memang dah jadi habit aku, suka join contest di saat-saat yang terakhir. Kiranya, apa yang tertulis di entry contest-contest yang aku sertai, adalah idea spontan juga. Senang cakap, last minute punya hasil kerja. Dush! Satu habit yang tak bagus diamalkan. 
Reez kata, keputusan akan diumumkan 3 haribulan (semalam). Jadi, semalam, banyak kali aku datang ke blog Reezluv.com tu. Maklumlah, berangan nak berdomain free. Lagipun. Reez dah habaq awai-awai lagi, yang hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh 24 jam. Kalau tak, dia bagi orang lain. Ish! Ish! Tak nak lah kasi kat orang lain. Macam yang aku cakap tadi, mata aku sedang bermasalah. Tak boleh tenung lappy lama-lama. Jadi, maghrib tu, sempat aku ON lappy, usyar lagi blog Reezluv. Huhu..Tak de lagi result. Malam tadi, aku tidur awal. Tak tahan sangat rasa sakit di mata dan kepala.
Pagi ni, baru boleh ON lappy. Sakit di mata dan kepala dah hilang. Mungkin sebab aku dah puas tidur. Perkara pertama yang aku tengok, selain dashboard ialah Reezluv.com. Hah! dah keluar dah keputusan. Berdebar juga ni. Inilah yang tertera di depan mata:

Tak de pun nama aku. Huhu..kalah ke? Kemudian aku tekan perkataan “read the rest of this entry”. Hah! Terbeliak mata aku saat mata aku dapat menangkap perkataan “AkuMerpatiPutih” yang tertera di skrin lappy. Hoh yeh! Aku menang tempat ke-3. Alhamduillah, syukur sangat-sangat.

Aku menang pengiklanan percuma di Reezluv.com selama 3 bulan. Huhu..tak sangka juga, percubaan pertama aku join contest review dan aku menang, tak kisah lah walaupun tempat ke-3. Bagi aku, janji menang dah kira OK dah. Huhu..dah 2 kali menang tempat ke-3 dan ke-4 contest. Asyik johan dari bawah je. Bila nak jadi johan dari atas ni? Ceh! Berangan tak habis-habis! Penulisan dan skill kau masih belum mantap, Sya Isya oi! Ramai lagi yang mantap penulisannya, hang pi belajaq dari depa noh!. Ni hang menang pun sebab persaingan senget, kalau persaingan sengit, banyak penyertaan, confirm hang kalah, tau!.
Huhu..tak pa..tak pa noh…tu namanya rezeki aku. Orang tak ramai join, biaq aku join. Halamak! Sejak bila aku jadi orang utara ni. Agaga..tak ke pelik bunyinya orang selatan kecek utara?
p/s: Tengah fikir ni, apakah banner yang nak aku hantar untuk diiklankan di Reezluv.com tu?. Nasib baik Reez bagi aku masa untuk submit banner. Huish! Idea, marilah sini. Korang, ada nak bagi aku idea tak? 
 

error: Content is protected !!