Salam Ramadhan kepada pembaca blog ini yang beragama Islam. Hari ini merupakan hari ke-15 umat Islam berpuasa. Bagaimana dengan Ramadhan anda tahun ini?. Adakah ianya lebih baik dari yang lalu, atau ianya sama sahaja, tiada apa-apa beza pun?. Jika sama sahaja, bagus juga, sebab bukan senang nak maintain, tapi kalau lebih baik dari yang lalu, Alhamdulillah. Memang kalau boleh kita sentiasa nak hari ini lebih baik dari semalam.
Lepas bersahur tadi, macam biasa mata ni suka tengok duit dekat website Nuffnang, tapi tak dapat nak buka web Nuffnang, sebab ada error pula. Jadi, balik kerja tadi baru dapat ke website Nuffnang. Tiba-tiba tangan aku ni gatal pula nak klik perkataan ‘keyword’ kat analytical dashboard tu. Selalunya aku jarang cek keyword dekat web Nuffnang.
Tiba-tiba mata ku tertancap pada keyword yang betul-betul menarik perhatian aku. “Redmummy drive kereta apa”.

Serta-merta aku rasa pelik bin ajaib dengan keyword ni. Setahu aku, aku tak pernah mention apa-apa pasal Redmummy dalam blog ni. Aku pun try google keyword ini, dan inilah yang tertera:
Uik! Aku duduk di first page dan atas sekali ke untuk keyword ni? Baru ku tahu. Huhu…Patutlah visitor tu tersesat datang ke blog ni. Alahai..sian dia sesat, ya. Moga dia menemui jawapan yang dicari sebab di blog ni memang tak de jawapan untuk soalan yang dicari.
p/s: Redmummy drive kereta apa ek? Tiba-tiba aku pun nak tahu juga.. heee ^_^. Ada sesiapa yang tahu, meh bisik-bisik di sini.

BACA JUGA :  BLOG AKU JADI LEGAM! ARGHHHH!
error: Content is protected !!