Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaiki solatnya
Dari solatlah titik tolak segalanya
Apabila solat itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadarruh
dan faham apa yang dibaca
Selepas itu rahmat dan berkat
Daripada Allah pun mencurah-curah
Dianugerahkan kepadanya
Allah S.W.T akan bersihkan jiwanya
Allah akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa,
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga
Kelihatan pula kepada peribadinya.
Syariatnya sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin, peribadinya ketara
Kerna itu, betulkan solat kita
Hayati solat hingga kita terasa menyembahnya
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa solat
Atau jiwa kita dimurnikan dengan solat yang lebih kurang
Solat adalah ibu ibadah
Solat adalah sumber segala kebaikan
Didalam Islam solat sangat diambil perhatian
Apabila baik solat
Segalanya akan menjadi baik
Jika solat sudah dicuaikan
Atau bersolat tiada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup.
Kalau ada juga orang yang buat kebaikan tanpa solat
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan iu secara kebetulan
atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang solat.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Sumber: Rencana di dinding surau

error: Content is protected !!