Larangan ke-9 terhadap wanita:

9. Wanita Melakukan Tato

Apa itu tato?

Tato adalah memberi tanda pada muka atau mana-mana anggota badan dengan warna biru dalam bentuk ukiran tanpa mengeluarkan darah. Perbuatan ini dilakukan dengan menusukkan pada mana-mana anggota badan, kemudian diberi celak atau kapur pada bekas tusukan tersebut sehingga kulitnya berubah menjadi warna biru atau hijau.

Orang-orang kafir dari kalangan pengikut agama biasanya melakukan tato dengan melukis bentuk atau lambang agama masing-masing. Pengikut agama Kristian biasanya melukis salib di tangan dan di dada.

Islam memandang perbuatan bertato ini sebagai perbuatan zalim kerana menyeksa diri dan menyakiti anggota yang ditato. Allah S.W.T melaknati orang yang melakukan tato kerana menyerupai orang-orang musyrik atau orang kafir yang boleh merosakkan moral dan peradaban manusia.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaknat orang yang menyambung rambutnya, yang meminta disambung rambutnya, orang yang bertato dan orang yang minta ditato pada kulitnya”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: Petikan dari Buku: 33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

error: Content is protected !!