Salam..dah beberapa hari aku tak ngadap blog ni. Blog ni pun tak berupdate. Trafik makin turun sebab 80% trafik blog ni datangnya dari blogger. So, bila aku tak update, pelawat pun tak datang jenguk.
Kesibukan dan kepenatan menyiapkan tempahan kuih raya menyebabkan aku tak berkesempatan melayan blog. Di tambah pula dengan laptop buat hal, button ON tak boleh tekan, dah rosak. Jadinya kala ini, laptop aku dah masuk wad. Huhu..Ni atas ehsan mak aku, dia pinjamkan laptop dia. Lagipun, 3 hari lagi, aku pun akan pulang ke kampung untuk beraya. Sebab tu mak tak kisah.
Huhu..Guna laptop mak, aku pun rasa cuak, takut terosakkan pula laptop dia. Mak pun dah takut sebab laptop aku asyik buat hal je. Huhu..aku tak nafikan, aku ni memang agak ganas sikit.
Sebenarnya, niat di hati memang ada entri yang nak diupdate di blog ni, tapi apakan dayaku..kala ini aku tak berdaya untuk mengayat sebaiknya untuk entri tu. Ni semua gara-gara aku tak tidur semalaman, siapkan kuih. Pagi tadi, lepas subuh, aku berpeluang untuk lelapkan mata selama sejam setengah je. Lepas tu, aku dah kena bangun, drive ke JB, kemudian terus masuk kerja. Huhu..Dah lah semalam aku jatuh sampai terduduk. Sakit badan, tangan, kaki aku ni. Serius weh, aku tak larat. Sampai di sini dulu lah ya. Daa… jumpa lagi di entri berikutnya..

error: Content is protected !!