Lagi sekali Ariff Shah di dada akhbar Kosmo!. Kali ini dalam rencana utama Kosmo! Kisah Aidilfitri Pelbagai Negara.

Antara petikan dari rencana ini:

Sementara itu, pelajar jurusan Kejuruteraan Penerbangan di Moscow Aviation Institute, Moscow, Rusia, Ariff Shah Ramlan, 23, menyatakan masyarakat Muslim di Moscow kurang menonjol kerana jumlahnya yang terlalu kecil.
Namun, budaya ziarah menziarahi pada pagi raya masih menjadi amalan. Pada pengamatan Ariff Shah, masyarakat Muslim di Moscow lebih selesa berjubah kerana terpengaruh dengan budaya orang Arab.
“Di Moscow, saya dan rakan-rakan menganjurkan aktiviti bergotong-royong untuk menyiapkan juadah hinggalah ke program pengisian hari raya.
“Biarpun terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk membeli ayam dan daging yang harganya tiga kali ganda berbanding di Malaysia, ia langsung tidak membataskan sambutan hari raya kami,” ulas bekas pelajar Sekolah menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka itu.

p/s: Tahniah Ariff. Memang glamour lah.

error: Content is protected !!