Pada Sabtu lalu, lebih kurang jam 11 pagi, aku ping entri mengenai pemergian blogger TTT di Kelab Blogger kepunyaan Bro Ben. Kemudian aku offline sebab ada hal penting. Apabila jam menghampiri detik 12 tengah malam, aku tergerak hati melihat trafik blog melalui Nuffnang. Sangat memeranjatkin aku apabila melihat trafik blog mencanak naik. Eh! Tingginya! Tak pernah tinggi macam ni. Setahu aku, trafik blog ni memang macam siput.

Kemudian aku login ke blogspot. Klik ‘Stats’ untuk melihat dari mana datangnya trafik yang banyak tu.
Oh! Ben bagi aku backlink di entrinya. Boleh tengok di graf analitik di atas, betapa ketaranya jumlah pelawat ke blog ini sebelum Ben bagi backlink (sebelum jam 11) dan selepas mendapat trafik dari beliau.
Aku tengok kat dashboard, bilangan follower dah bertambah sebanyak 3 orang. Apabila aku view blog, dan melihat ruangan Follower di bawah entri, aku sangat terkejut, apabila terlihat ada gambar Ben Ashaari di sana. Ben follow blog aku? Biar betul! Aku tengok betul-betul dan klik gambar tu untuk melihat profail. Betullah, sah! Memang Ben.

Thanks Ben Ashaari. Kerana sudi follow dan memberi backlink pada blogger picisan macam aku ni.

Sejak entri pemergian arwah, entri tu mencipta rekod untuk blog HIDUP ADALAH ANUGERAH ini kerana mencatatkan sebagai Post yang paling tinggi pageview dan separuh dari referralnya datang dari blog Ben Ashaari. Sehingga ke hari ini, masih ada lagi orang yang google mengenai arwah TTT.

Aku juga terperanjat melihat komen dari Butterflies Lovers:

To Butterflies Lovers, a big thanks should goes to Ben Ashaari. Blog ni pun tak glamour. Kalau Ben tak bagi backlink, mungkin tak ramai juga blogger yang tahu tentang berita pemergian arwah Nadia hanya melalui blog ini. Tapi Alhamdulillah, pakcik google juga beri trafik kepada blog ni sehingga ke hari ini.  
Terima kasih juga kepada semua pembaca blog ini. Tanpa anda semua, blog ini hanya berada di pinggiran.

Psst: Kalau anda belum join Kelab Blogger, anda boleh join dengan percuma. Di sana, anda bebas mempromosikan blog anda. Jom join!.

Photo kredit to Ben. Klik photo untuk join Kelab Blogger

BACA JUGA :  FOLLOWER BLOG KEKASIH KHAIRUL FAHMI (KEEPER MALAYSIA) DAH 4 RIBU LEBIH. BOLEH POTONG FOLLOWER BEN ASHAARI NI
error: Content is protected !!