Jika anda berhajat untuk mempunyai blog menggunakan platform blogspot, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
1. Terlebih dahulu anda perlu mempunyai google akaun (email gmail). Jika sudah mempunyai google akaun, terus ke langkah 2. Jika masih belum mempunyai google akaun, sila daftar di sini. Klik.
2. Kemudian, untuk membina blog, klik sini: blogspot. Paparan ini akan kelihatan.

3. Masukkan email gmail (tak perlu taip @gmail.com) dan password. Kemudian, klik Sign In.

4. Namakan blog anda (nama blog ini boleh ditukar pada bila-bila masa). Kemudian, isikan alamat URL blog anda (pilihlah alamat yang mudah untuk diingat). Alamat ini akan kekal. Kemudian masukkan word verification dan klik continue.

5. Pilih template. Jika anda rasa tak berkenan dengan template yang ada, jangan risau, anda boleh ubahnya kemudian. Setelah pilih, klik continue.

TARAAAAA!! Kini anda sudah mempunyai blog berplatformkan blogspot.

Klik Start Blogging. Untuk membuat entri, pergi ke bahagian Posting > New Post. .Anda bebas menaip apa-apa sahaja. Tapi ingat, berblog juga ada etikanya.
Anda boleh review entri anda dengan klik ‘Preview’. Preview penting agar anda tahu bagaimana entri anda akan kelihatan setelah dipublish. Biasanya lebih mudah menyemak ejaan dalam mode Preview ini.

 Setelah selesai menaip, klik Publish Post.

SELAMAT BERBLOG! =)

BACA JUGA :  CARA BACK UP BLOG DAN PINDAH HOSTING PALING MUDAH DAN SELAMAT
error: Content is protected !!