Aku  mula mengenali blog ini melalui entri Terjah Blog Eyriqazz. Pada ketika itu, aku tak mengenali blog ini. Kali pertama aku baca blog ini, aku tinggalkan komen. Bella sangat ramah dan tak ku sangka, Bella datang semula ke blog aku dan meninggalkan komen juga. Rajin sungguh Bella  ni. Thanks, Bella!.
Untuk tujuan contest ni, aku menjelajah blog Bella dengan rakusnya. Dari satu entri ke satu entri aku baca. Semakin aku baca, semakin best aku rasakan. Blog berbahasa Inggeris ni sangat lancar lenggok bahasanya. ‘Bestnya ayat-ayat dia’. Inilah yang tercetus dalam hatiku, saat diri ini membaca patah demi patah perkataan yang terdapat di blog Enveeus.com. Secara jujurnya, aku admire blog Enveeus.com dan juga penulisnya, Bella. Kini, baru aku tahu, apa yang Eyriqazz katakan dalam entri terjahnya benar belaka.  

“Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Inggeris yang “Marvellous”. Memang saya tabik Spring bak dia menulis dalam bahasa Inggeris, ayatnya pun menarik”.
“U have the potential to go further and I love how u write an entry. Give me Inspiration to write better.Just, your english is too good for normal people like me”.

~Eyriqazz.com~

Yup!. Setuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Eyriqazz.

Siapakah Bella?
Gadis Melayu bernama Bella ialah penulis utama blog Enveeus.com. Enveeus berasal dari perkataan ENVIOUS dan ENVY US rentetan daripada ramai yang berasa cenburu dengan Bella. Melalui entri ini, aku dapat tahu, Bella adalah seorang gadis yang sangat meminati sejarah Egypt dan juga Sejarah Rome, Sejarah kerabat Perancis, Sejarah kerabat English dan semua yang berkaitan dengan struktur arkitek yang mantap. Adakah Bella seorang pelajar Seni Bina?. Tapi, apabila aku baca lebih lanjut entri ini, aku mula merasakan yang Bella bukan pelajar Seni Bina.

“like some specimen under the microscope – yup, I feel you, all the specimens that I put under my microscope – I totally understand how you feel”.
~Enveeus.com~
Jadi, siapakah Bella?. Anda rasa siapa Bella? Pelajar? Dah bekerja? Artis? Ahli muzik? Haa..teka betul-betul, kalau tak, Bella piat pipi.

Tapi kalau anda dapat teka dengan betul, Bella belanja ais krim coklat. Yeay!

Membeli-belah

Blog peribadi berbahasa Inggeris ini bukan hanya mempunyai entri-entri personal, malah turut menawarkan pelbagai barangan untuk segenap lapisan masyarakat di Shop @ Enveeus. Antara koleksi barangan yang terdapat di sini ialah anting-anting, beg tangan, Ipod Nano dan pelbagai lagi barangan ang menarik. Jom usyar barang-barang di sini!.
Bella nak beri hadiah
Sekarang ini, buat pertama kalinya,  Bella sedang mengadakan Contest review blognya. Hadiah lumayan ditawarkan berupa:

Tempat pertama:
Wang tunai RM200 dan 1 entri khas
Tempat kedua:
Wang tunai RM150 dan link pemenang akan diletakkan di atas blog ini selama 15 hari 
Tempat ketiga:
Wang tunai RM80

Hadiah-hadiah di atas untuk peserta dari Malaysia. Untuk peserta selain dari Malaysia pula,ganjaran berikut akan diberikan kepada pemenang:

Tempat pertama:
Wang tunai USD25 dan 10,000 EC kredit
Tempat kedua:
Wang tunai USD15 dan 5,000 EC kredit
Tempat ketiga:
Wang tunai USD 10 dan 2,500 EC kredit
Hadiah istimewa juga diberikan kepada rujukan yang tertinggi (Malaysian dan bukan Malaysia) dengan mengongsi contest ini di Facebook atau Retweet contest ini di Twitter. Pemenang akan mendapat pengiklanan percuma di sidebar selama 30 hari dan 1 entri khas. Entri paling kreatif juga akan memenangi HADIAH KEJUTAN dari Bella.

error: Content is protected !!