Selamat berpuasa untuk hari ini dan Salam Lebaran untuk semua pembaca blog ini. Tahun ini adalah tahun pertama aku beraya sebagai blogger. Jadi, aku pun tak tahu bagaimana keadaaan blog ketika Syawal disambut. Adakah orang nak baca blog ketika raya? Kalau ada yang membaca, ramai ke yang baca? Atau..blog walau berupdate pun, tapi langsung tiada rakan-rakan blogger lain yang membacanya?.
Ini pengalaman pertama. Jadi aku pun tak tahu situasi sebenar sepanjang minggu pertama Syawal. Aku target kat sini untuk minggu pertama Syawal je lah kan, walaupun Raya memang sebulan. Terutama sekali bagi orang Johor. Selagi belum sebulan Syawal, kami akan tetap berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan taulan. Malah, kadang-kadang tu, terlebih raya pula. Dah habis Syawal pun, masih lagi ada yang mengadakan open house. Orang dah jemput makan free, kita datang je lah, kan. Bukan kena bayar pun.
Berbalik kepada topik asal, aku rasa memang ramai blogger yang dah sibuk dengan persiapan raya dan tak mengadap sangat blog. Aku ni juga yang masih di kilang, menyiapkan kerja-kerja. Hehe..Tapi tak berapa lincah lah buat kerja. Orang cakap dengan aku pun aku confius, blur, susah nak masuk dalam kepala. Maklumlah, separuh hati sudah ingat kampung. Keh3.
Harap balik nanti highway tak terlalu jem. Aku tak kisah walau banyak kereta dan tak boleh speed, asalkan jangan kena brek banyak kali. Tu yang malas tu, nanti penggunaan minyak lebih dari biasa. Aku bab-bab minyak ni, memang berkira sungguh.
Apapun, kereta dah over milage. Tapi tak hantar servis pun lagi. Lepas raya lah baru hantar service. Aku pening lah raya kali ni. Pokai. Bayar sewa rumah bulan ni je dah 4 ratus lebih. Mana tak pokainya?. Budget lari wooo..

error: Content is protected !!