Sejak aku start online semula selepas cuti raya, aku perasan, iklan Nuffnang jarang sangat keluar di blog aku. Mula-mula aku ingatkan sebab aku jarang update blog sepanjang Ramadhan, tapi bila dah lepas cuti raya, trafik dah mula naik, malah melebihi purata UV dulu, tapi iklan tetap juga sukar kelihatan. Rajin betul menyorok. Sejak raya ni, aku dapat 25 sen je seminggu. Hehe…bolehlah, ada lah juga. Tapi kalau dapat lebih macam sebelum-sebelum ni, lagi aku suka. Wah! Tamak! Heeee =D
Persoalan aku ni terjawab apabila aku terbaca entri ini. Dan inilah jawapan yang diberi oleh Nuffnang.

Dipendekkan cerita, ikut ayat dan kefahaman aku sendiri, sekarang ni Nuffnang tengah bagi iklan dekat blog yang kurang dapat ‘campaign’ supaya semua blog Nuffnangers dapat merasa duit iklan dari campaign. So, blog yang dah banyak dapat campaign dan dah merasa banyak duit dari campaign, iklan akan dikurangkan bagi memberi laluan kepada orang lain.  
OK lah tu kan. Sangat adil. Semua orang dapat merasa duit Nuffnang.
Psssst: Nasib baik ada 2 BE, jadi tak lah terasa sangat duit tabung kurang bertambah sebab tak de campaign earning. Huhu..(Sebenarnya terasa juga).

error: Content is protected !!