Semalam, ramai yang menguwar-uwarkan yang M. Rajoli (65 tahun) telah meninggal dunia ketika beliau masih lagi bernafas. Tapi, waktu sebenar beliau meninggal ialah jam 10.45 malam tadi (menurut myMetro) di Hospital Ampang. Doktor mengesahkan beliau meninggal akibat barah pada kelenjar otak (lymphoma).

Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri pertamanya, Hashimah dan anak bongsunya, Mohd Ariff

Setelah hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat, arwah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas. Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd Din ‚ÄúSebelum ini pun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air.”

M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70
Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23.

sumber: myMetro dan Kosmo!

psst: Suka sangat tengok arwah berlakon. Lakonannya berkesan. Macam-macam watak arwah boleh bawa. Watak warak, watak kelakar, watak miang-miang gatal, macam-macam watak arwah boleh lakonkan. Apabila watak warak dibawa, kata-katannya dalam lakonan akan meresap masuk dalam kalbu. Sambil berlakon pun, memang boleh berdakwah.
 p/s: Setiap yang hidup akan merasa mati. Dunia ini hanya sementara. Dunia sementara yang dipinjamkan untuk mencari bekalan hidup di dunia yang hakiki di sana.
~Al-Fatihah untuk arwah M.Rajoli~

error: Content is protected !!